PROJEK KILAUAN MUTIARA SK AIR PUTIH DAN SK PURUN

8:00 AM

Projek Kilauan Mutiara Sekolah Kebangsaan Air Putih dan Sekolah Kebangsaan Purun merupakan projek yang julung-julung kali diadakan di UMP dengan menggabungkan 2 projek di dalam satu projek iaitu Projek Kilauan Mutiara SK Air Putih dan Projek Kilauan Mutiara SK Purun. Fokus utama projek ini adalah untuk memberi suntikan semangat kepada adik-adik untuk terus melakar persembahan hebat sebagai seorang pelajar. Projek ini juga merupakan kesinambungan daripada  projek siri pertama pada 3 Mac 2012 bagi Projek Kilauan Mutiara SK Air Putih dan siri keempat pada 13 April 2012 bagi Projek Kilauan Mutiara SK Purun. Dalam Projek Kilauan Mutiara pada kali ini melibatkan 30 orang fasilitator dari kelab In-Smartive sendiri dan juga seramai 42 orang peserta dari SK purun serta 75 orang peserta dari SK Air Putih.

Hari diteruskan lagi dengan sesi pertama bagi projek kilauan mutiara SK air putih dan SK purun. Sesi pertama bermula setelah ketibaan para peserta di UMP. Sesi 1 merupakan latihan dalam kumpulan iaitu  “Ice Breaking”.  Aktiviti ni bertujuan untuk memecahkan ruang yang wujud diantara dua buah sekolah tersebut. Ini juga bertujuan tidak lain tidak bukan adalah untuk mengeratkan lagi hubungan dengan pelajar.


Sesi 'Ice Breaking'
Setelah tamat sesi “Ice Breaking”, para peserta di bahagikan kepada 4 kumpulan dan di serahkan kepada fasilitator kumpulan masing-masing. aktiviti diteruskan lagi dengan modul yang seterusnya iaitu “Le Tour De Ump”. Aktiviti ini bertujuan untuk memberi pendedahan tentang kehidupan seorang mahasiswa di universiti. Selain itu, aktiviti ini juga bertujuan untuk menaikkan lagi semangat para peserta untuk terus berjuang dalam peperiksaan dan seterusnya dalam hidup. Para peserta telah dibawa oleh fasilitator kumpulan masing untuk meneroka semua tempat di Universiti Malaysia Pahang.

Penerangan di Perpustakaan Universiti Malaysia Pahang
Majlis Perasmian Penutup Projek Kilauan Mutiara SK air putih dan SK Purun telah dilaksanakan sejurus tamat sahaja sesi “Le Tour De UMP” yang dilakukan sebentar tadi. En Wan Nazrul Helmy Bin Wan Mohd Zain selaku penasihat kelab In-Smartive telah di jemput bagi merasmikan majlis penutup projek ini.  Pelbagai harapan dan nasihat yang diberikan kepada peserta daripada pihak In-Smartive dan juga pihak sekolah.


You Might Also Like

0 comments

Rakan Blog InSmartive

Total Pageviews