KEM INTERAKSI PEMIMPIN MUDA KOLEJ MATRIKULASI KEDAH
8:00 AM
Bertarikh 27 hingga 30 September 2012 bermulanya
episod Kem Interaksi Pemimpin Muda (In-Team) di Seri Juluk Resort,
Naka yang julung kali diadakan. Kem
Interaksi Pemimpin Muda yang bertemakan
“All For One & One For All” ini
disertai oleh 80 orang peserta daripada pelajar Kolej
Matrikulasi Teknikal Kedah yang terdiri di kalangan Kepimpinan Perwakilan Pelajar dan Pelajar berjawatan di asrama.Kem ini dapat dijayakan
dengan hasil komitmen dan kerjasama 27 orang fasilitator yang terdiri daripada
ahli Kelab In-Smartive. Sebelum tiba di Seri Juluk Resort, kami telah
singgah sebentar di KMTK untuk solat zohor dan ketibaan kami di sana telah disambut oleh Tuan Muhamad Termizi Nurdin selaku
penyelaras projek. Selesai solat zohor, kami bersama 80 orang peserta telah ke
Seri Juluk Resort,Naka dan tiba di sana pada jam 5.30 petang. Setibanya di
sana, wakil dari Kolej Matrikulasi Teknikal Kedah Tuan Amar Shah Ali, selaku Ketua
Jabatan Pengurusan Pelajar telah merasmikan projek ini dan memberi sampul
berisi senarai nama para peserta sempena simbolik penyerahan pihak In-Smartive.
Selesai majlis penyerahan, taklimat telah di berikan oleh pengurus projek dan peserta telah di berikan beberapa barang amanah iaitu tag nama dan belon berisi air. Mereka juga telah di terangkan mengenai kod etika, ketepatan masa, disiplin dan slogan atau pendekatan yang akan di gunakan malah di aplikasikan sepanjang program iaitu "One For All, All For One". Jam tangan, telefon bimbit atau sebarang alat elektronik telah di kumpul dan di simpan di mana penggunaan sebarang alat elektronik adalah di haramkan sepanjang program.
Penyerahan barang amanah |
Pada malam pertama di sana, aktiviti di mulakan dengan sesi "Tak Kenal Maka Tak Cinta" di mana perkenalan sesi barisan fasilitator yang di kelola oleh saudara Ahmad Muzaidi Bin Ab Razab. Sebelum beralih ke sesi yang seterusnya, malam itu telah terjadi satu peristiwa di mana penghulu dan penghuluwati menerima hukuman atas kesalahan anak buah mereka membuang makanan ke dalam tong sampah. Provokasi yang wujud menyebabkan situasi menjadi makin tegang di mana para peserta dalam di lema sama ada ingin membantu penghulu dan penghuluwati atau tidak. Namun atas semangat "All For One, One For All", ada peserta yang sanggup menerima hukuman bersama-sama.Sejurus hukuman dilaksanakan, para peserta beralih pula kepada sesi ”Mulanya Di sini”
dimana para peserta dibahagikan kepada 10 kumpulan. Setiap kumpulan diminta
untuk mencipta bendera beserta kata-kata semangat yang melambangkan kumpulan
mereka.
Mencipta bendera kumpulan |
Pada keesokan harinya, dengan
azam dan semangat yang baru para peserta telah bangun seawal 5.00 pagi untuk
qiamulail yang diketuai oleh AJK Kerohanian. Selesai
qiammulail dan solat subuh berjemaah, para peserta bersedia untuk aktiviti senam pagi. Kemudian
ketabahan para peserta di uji lagi apabila mereka hanya dihidangkan ubi kayu bersama kelapa sebagai sarapan pagi
mereka.
Menu sarapan pagi |
Program diteruskan lagi
dengan sesi “Light Camera Action”. Peserta perlu membentangkan bendera, motto serta
visi dan misi kumpulan mereka. Antara nama kumpulan yang dicipta adalah The
Incredible Six, 5 sense, The Seven, Taming Sari, Our Style, X-Tech, Positive
Infinity, KAIZEN, Five Stars dan Go-Ten. Melalui aktiviti ini, para peserta
akan diuji bagaimana cara mereka
berfikir untuk menjawab soalan yang dikemukakan serta kebolehan untuk bercakap
dengan penuh keyakinan dihadapan khalayak ramai.
Sesi "Light Camera Action" |
Kemudian para peserta beralih kepada sesi “D.I.C.E” pula. Sesi ini dikelola oleh Penasihat Kelab
In-smartive sendiri, Encik Wan Nazrul Helmy bin Wan Mohd Zain. Aktiviti ini
mendedahkan kemahiran membuat keputusan menggunakan teknik “D.I.C.E” iaitu Determine,
Identify, Choose and Evaluate. Di akhir sesi, para peserta diminta
untuk membentangkan kata sepakat mereka dalam membuat keputusan. Selesai sesi
tersebut para peserta dijemput untuk makan tengah hari kemudian para peserta
lelaki perlu bersiap sedia untuk ke masjid bagi menunaikan solat Jumaat
manakala para peserta perempuan dikehendaki solat zohor berjemaah.
Sesi "DICE" |
Sesi seterusnya adalah “Last Man Standing”. Setiap kumpulan mempunyai beberapa orang fasilitator
pembimbing dan mereka akan dinilai tahap keupayaan untuk mengawal diri dan
emosi ketika berkomunikasi dalam pelbagai situasi dengan memahami jenis penonton. Antara aktiviti bagi sesi ini adalah “Battle of question”’ dan
pertandingan berbahas menggunakan ayat penyata sahaja.
Antara yang berani berhujah di hadapan |
Sesi seterusnya adalah “The Burj”. Dalam sesi ini para peserta dibahagikan kepada dua
kumpulan iaitu lelaki dan perempuan dan mereka akan bersaing untuk mendirikan
sebuah struktur ‘menara’ yang seimbang dengan menyambung batang-batang paip pvc
yang dibekalkan. Aktiviti ini memerlukan kerjasama yang sangat kuat antara ahli
kumpulan. Selesai aktiviti ini, peserta diarahkan bergegas ke dewan makan dan
bersiap sedia untuk solat maghrib berjemaah. Sebelum solat isyak, para peserta
diberi sedikit pengisian oleh saudara Muhd Amirul Farhan Bin Arif Rahimi.
Kerjasama yang di tunjukkan bagi mendirikan sebuah menara |
Kemuncak sesi pada malam
itu adalah sesi “Muhasabah Diri”
yang dikendalikan sendiri oleh Encik Wan Nazrul Helmy selaku penasihat Kelab
In-Smartive. Sesi ini bertujuan memberi kesedaran dan pengisian rohani kepada
peserta dimana teknik ‘hard recall’ digunakan. Pelbagai mainan emosi
telah melanda para peserta pada malam tersebut. Malam yang cukup panjang bagi para peserta
tersebut berakhir dengan sesi maaf bermaafan.
Pada hari
terakhir para peserta meneruskan satu lagi sesi iaitu “Resolusi”. Sesi ini dikelola oleh
Encik Wan Nazrul Helmy bin Wan Mohd Zain dan dilakukan secara santai bagi
mendengar pendapat dan luahan hati para peserta terhadap program ini. Antara
luahan hati yang dilontarkan oleh salah seorang peserta iaitu Mohammad Ashraf Mohd Nazari yang menyatakan
"Melalui pendedahan praktikal yang diterima daripada para fasilitator,
kini saya memahami bahawa kepimpinan yang berkesan menuntut kerangka pemikiran
positif selain kemahiran komunikasi serta kemampuan untuk mengawal diri dan
mengurus tekanan".
Perkongsian santai dari Komandan Depot Tahanan Imigresen Juru, Pulau Pinang |
Pada jam 1.00
petang, majlis penutup telah diadakan. Keunikan majlis ini meyaksikan
keberanian pengerusi majlis menyahut cabaran untuk mengendalikan majlis tanpa
sebarang teks ucapan bantuan daripada guru mereka. Majlis Penutup dirasmikan
oleh Tuan Amar Shah Ali, selaku Ketua Jabatan Pengurusan Pelajar dan majlis berakhir pada jam 3.30 petang. Darrshini A/P Tanabbal dinobatkan sebagai
peserta wanita terbaik manakala Mohammad Ashraf Mohd Nazari sebagai peserta
lelaki terbaik.
0 comments