PROJEK KILAUAN MUTIARA SK JAMBU LAWAR

8:00 AM

Pada tarikh 7 hingga 9 Disember 2012, buat kali pertama kelab In-Smartive telah berjaya melebarkan sayapnya ke negeri Kelantan. Projek Kilauan Mutiara pada kali ini bertempat di SK Jambu Lawar (SKJL), Machang, Kelantan dianggap sebagai program penutup bagi tahun 2012. Program yang berlangsung selama 3 hari ini bertujuan untuk menyuntik semangat dan meningkatkan tahap keyakinan serta memberi dorongan kepada para pelajar yang bakal menduduki Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) pada tahun hadapan. Seramai 62 orang pelajar tahun 5 beserta beberapa pelajar tahun 4 dan 3 berjaya menamatkan program ini dengan jayanya. Mereka didedahkan dengan beberapa aktiviti yang memberi fokus kepada subjek Bahasa Inggeris melalui kaedah pembelajaran yang interaktif.

Kedatangan kami disambut mesra oleh Guru Besar SKJL beserta barisan pentadbir sekolah yang lain. Kami sempat mengadakan sesi beramah mesra bersama pihak sekolah dan dijamukan minum petang. Selepas minum petang, berlangsunglah majlis ringkas penyerahan peserta daripada Tn. Hj Mohd Yuseri bin Yaakob selaku Guru Besar SKJL dengan menyerahkan wakil pelajar kepada En. Wan Nazrul Helmy Bin Wan Mohd Zain sebagai simbolik penyerahan kepada pihak In-Smartive.

Sesudah itu pelajar diberi kelonggaran untuk menunaikan solat asar dan disambung dengan slot 'Happy Hour'.

Slot 'Happy Hour'
Makan malam buat warga SK Jambu Lawar berbeza kali ini kerana mereka buat pertama kali dihidangkan menggunakan talam. Pelbagai telatah dapat kami lihat dari para peserta.


Setelah selesai solat Isyak berjemaah, bermulah sesi pertama iaitu sesi "Ice Breaking" dan disambung dengan sesi "Radio Buruk".


Slot 'Radio Buruk'
Objektif sesi "Ice Breaking" adalah bertujuan untuk mengenali antara satu sama lain manakala sesi "Radio Buruk" bertujuan untuk memberi pengajaran bahawa tidak semua berita yang didengari adalah benar dan kita hendaklah menyiasat dahulu sebelum mempercayainya. Sebelum melepaskan para perserta ke ruang beradu, kami disajikan dengan kudapan yang merupakan kuih tradisional Kelantan iaitu Serabe.

Pada hari seterusnya, program dimulakan dengan senaman pagi yang dikendalikan oleh Mohd Farhan bin Sulaiman, yang merupakan salah seorang fasilitator dan disambung pula dengan sarapan pagi iaitu Nasi Goreng yang disediakan oleh guru-guru di SK Jambu Lawar itu sendiri. Aktiviti pertama kami adalah "Jendela Jauhari" yang dapat mengajar para peserta agar tahu perkara manakah lebih penting yang harus mereka dahulukan sebagai seorang pelajar.


Slot 'Jendela Jauhari'
Setelah selesai sesi tersebut, sesi "The Story Behind the Paper" pula menyusul. Para peserta diberikan sehelai kertas berbentuk gambar dan dikehendaki membina ayat berdasarkan gambar tersebut. Ini adalah satu aktiviti yang menggunanakan kemahiran Bahasa Inggeris mereka. Sesi seterusnya adalah "Timeline". Seperti mana yang mereka tahu 'timeline' dalam maksud Bahasa Melayu adalah garis masa. Para peserta dikehendaki melukis siapakah mereka pada masa hadapan. Ini bertujuan untuk mengenal pasti apakah matlamat hidup mereka agar mereka dapat mencapai cita-cita yang di idamkan.

Slot 'The Story Behind The Paper'
Setelah selesai solat Zohor dan makan tengah hari, aktiviti disambung lagi dengan sesi "Chopp". Selain sesi  "The Story Behind the Paper", sesi " Chopp" ini juga menguji kemahiran Bahasa Inggeris. Kali ini peserta dikehendaki meneka seberapa banyak perkataan yang boleh didapati dari kad-kad Chopp yang di sediakan. Salah seorang peserta berjaya mendapat sehingga 80 perkataan dalam jangka masa yang pendek. Aktiviti ini bukan sahaja menguji ketahanan minda malah menguji kepantasan berfikir.

"D.I.C.E" juga merupakan aktiviti Latihan dalam Kumpulan (LDK), dimana peserta hendaklah menggunakan kemahiran berfikir dan mengaplikasi sesi pertama mereka iaitu "Jendela Jauhari" kedalam "D.I.C.E.". Para peseta diberikan peruntukan sebanyak 1 juta untuk membina sebuah pulau impian. Pulau ini hendaklah mempunyai segala aspek keperluan manusia dalam sesebuah kerajaan. Setelah selesai membina, para peserta dikehendaki membentangkan hasil mereka. Perbentanagan ini bertujuan untuk membina tahap keyakinan mereka bercakap di khalayak ramai dan memikirkan segala persoalan yang ditujukan sepantas kilat. Melalui aktiviti ini, kami sebagai fasilitator dapat melihat para peserta mula berani berada dihadapan dan mereka mampu untuk menjawab segala persoalan yang di ajukan.

Setelah selesai segala aktiviti LDK, kami teruskan aktiviti di padang sekolah. Aktiviti ini dinamakan "The Burj". Burj Khalifa merupakan satu bangunan tertinggi di dunia yang terletak di Dubai. Itu sebagai simbolik kepada permaianan yang akan dimainkan oleh para peserta. Mereka dikehendaki menaikkan batang paip setinggi yang mungkin dengan hanya menggunakan batang paip dan tali rafia. Rekod yang berjaya dicapai oleh adik-adik DI SK Jambu Lawar adalah sebanyak 9 batang.



Slot 'The Burj'
Pada sebelah malamnya, sesi "Invent!" yang dikendalikan oleh Mohamad Naufal bin Rasli menarik minat para peserta dalam menyiapkan sendiri kit saintifik dengan hanya berpandukan rajah yang dibekalkan.


Slot 'Invent'
Modul ini menarik kerana ia dapat membuka minda adik-adik ke dunia sains. Seterusnya, sesi "Last Man Standing" yang  juga menguji keberanian mereka berucap di khalayak ramai dengan berpandukan tajuk. Aktiviti ini membuatkan adik-adik di SK Jambu Lawar berasa yakin terhadap diri sendiri.

Hari kedua di SK Jambu Lawar sangat menyeronokkan namun, sesi yang seterusnya mampu mengubah emosi mereka untuk menjadi lebih sedar tentang tindakan mereka sejak hari pertama. Dalam keseronokkan adik-adik melakukan aktiviti, gerak-geri mereka sebenarnya diperhatikan oleh setiap fasilitator. Sesi "Muhasabah Diri" yang dikendalikan sendiri oleh Penasihat Kelab In-Smartive, Wan Nazrul Helmy Bin Wan Mohd Zain menyedarkan para peserta agar menghargai setaip rezeki yang diperolehi.

Hari terakhir di Bumi Kelantan dimulakan dengan senaman dan sarapan pagi. Selepas sesi 'Muhasabah Diri' pada malam semalam, sesi seterusnya juga dikendalikan oleh Penasihat Kelab In-Smartive, Wan Nazrul Helmy Bin Wan Mohd Zain iaitu sesi "Kau Boleh". Sesi ini lebih tertumpu kepada motivasi dalam menyuntik semangat adik-adik menghadapi UPSR pada tahun hadapan. Keadaan menjadi lebih ceria apabila sesi seterusnya iaitu "Menggilap Mutiara"  adalah sesi yang dilakukan secara berkumpulan. Sesi ini lebih tertumpu kepada nasihat dan kata-kata akhir fasilitator kepada adik-adik sebelum berakhirnya program ini.


Majlis penutup dipengerusikan oleh Guru Kaunseling SK Jambu Lawar, Pn Suzylaiton. Hamper dan Sijil Penyertaan diberikan kepada wakil  pelajar. Tidak lupa, anugerah turut diberikan kepada peserta terbaik lelaki dan perempan iaitu Mohammad Saiful Bahri Mahdi dan Afiqah Azreena Nor Azan. Cenderamata diberikan kepada pihak sekolah, PIBG dan Pegawai Pelajaran Dearah Machang. Program ini secara rasmi berakhir selepas Majlis Penutup dirasmikan oleh Pegawai Pendidikan Daerah (PPD) Machang, Encik Azmi bin Daud. Sebelum berangkat pulang ke UMP, kami sempat merakam gambar kenangan bersama pihak sekolah, PPD dan adik-adik di SK Jambu Lawarr tercinta. Tepat jam 5 petang, bas mula bergerak ke perhentian seterusnya, Universiti Malaysia Pahang.

Majlis Penutup








You Might Also Like

0 comments

Rakan Blog InSmartive

Total Pageviews