PROJEK KILAUAN MUTIARA (PKM) SK JAMBU LAWAR

10:09 PM

Machang, 18 Mac –Seramai 18 mahasiswa Universiti Malaysia Pahang (UMP) dari Kelab InSmartive memanfaatkan hujung minggu dengan menjayakan Projek Kilauan Mutiara (PKM) di Sekolah Kebangsaan (SK) Jambu Lawar, Machang , Kelantan baru-baru ini.

Program selama tiga hari dua malam itu merupakan penganjuran kali ketiga yang dilaksanakan di sekolah berkenaan sejak 2012. Projek Kilauan Mutiara Jambu Lawar membabitkan 60 murid yang akan menduduki Ujian Pernilaian Sekolah Rendah dengan menfokuskan kepada penguasaan profisiensi dwibahasa.



Pelaksanaan modul lebih berfokus kepada penguasaan profisiensi dwibahasa terutamanya Bahasa Inggeris dapat memupuk minat para peserta untuk belajar Bahasa Inggeris di masa mendatang.
Kandungan modul berkiblatkan kepada enam aspirasi pelajar menurut Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPPM) 2013-2025 iaitu Kemahiran Berfikir, Etika dan Kerohanian, Identiti Nasional, Pengetahuan dan Profisiensi Dwibahasa.




Peserta akan menjalani pelbagai aktiviti interaktif dan dinamik bagi memberi pendedahan terhadap  kosa kata Bahasa Inggeris, penulisan ayat yang betul dan lengkap serta kemahiran komunikasi yang efisien. Selain itu, penerapan kemahiran insaniah amat ditekankan sepanjang aktiviti berlangsung seperti semangat kerja berpasukan, kemahiran membuat keputusan, keupayaan mengendalikan krisis dan bakat pengucapan awam. Modul-modul yang dicanai khusus dan mendapat respon yang positif daripada peserta seperti Guess What?, Spell It Right, S.A.L.A.M, Beyond The Pictures dan Cermin Diri.



Sementara itu, Guru Besar SK Jambu Lawar, Tuan Haji Mohd Yuseri Yaakob berharap supaya jalinan antara pihak sekolah dan UMP melalui inisiatif Kelab InSmartive ini dapat dikembangkan kepada program motivasi kecemerlangan akademik untuk para pelajar.



Pada projek tersebut menyaksikan Muhammad Ammar Bukhari Bin Mohd Fadli dan Nur Amna Nafeesa Nordin diumumkan sebagai Peserta Terbaik dalam majlis penutup yang disempurnakan oleh Pegawai Fasilinus Bahasa Inggeris Pejabat Pendidikan Daerah Machang, Puan Suzylaiton Ismail. Turut hadir ialah Penasihat Kelab InSmartive, Wan Nazrul Helmy Wan Mohd Zain dan Presiden Insmartive, Asraf Ahmad.

Berita disediakan oleh Muhammad Firdaus Azman, Setiausaha Bahagian Penerangan Kelab InSmartive dan Ezwan Shah Mohd Nordin, Pengurus Projek Projek manakala foto oleh Muhammad Arif Hakim Bin Mohd Hanafi dan Nurul Azrina Binti Mohd Nazri.


You Might Also Like

0 comments

Rakan Blog InSmartive

Total Pageviews