KEM INTERAKSI PEMIMPIN MUDA (INTEAM) SMK TANJONG LUMPUR

10:28 PM

Pekan, 8 April – Seramai 17 mahasiswa Universiti Malaysia Pahang (UMP) dari Kelab InSmartive memanfaatkan cuti pertengahan semester mereka dengan memberi khidmat bimbingan sukarela bagi menjayakan Kem Interaksi Pemimpin Muda (INTEAM) selama satu hari baru-baru ini di Universiti Malaysia Pahang (UMP) Pekan.

Program INTEAM yang disertai seramai 100 badan kepimpinan Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Tanjong Lumpur ini merupakan kali pertama kolaborasi antara kelab InSmartive bersama SMK Tanjong Lumpur.

Menurut Pengurus Projek, Muhammad Bin Baharudin, 22 yang juga mahasiswa Tahun 3 di Fakulti Kejuruteraan Kimia & Sumber Asli, pelaksanaan modul memfokuskan kepada pembentukan jati diri peserta yang berperanan sebagai pemimpin muda yang matang dan berwibawa.

“Kandungan modul direkabentuk berdasarkan enam aspirasi pelajar menurut Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPPM) 2013-2025 iaitu Kemahiran Kepimpinan, Kemahiran Berfikir, Etika dan Kerohanian, Identiti Nasional, Pengetahuan dan Profisiensi Dwibahasa.

“Para peserta telah menjalani pelbagai aktiviti interaktif bagi menguji semangat kerja berpasukan, kemahiran membuat keputusan, keupayaan mengendalikan krisis dan bakat pengucapan awam melalui modul-modul yang dirumus khusus seperti Bursa Saham, My Destination dan Siapakah Aku” katanya.


Bagi Yang Dipertua Persatuan Ibu Bapa & Guru (PIBG) SMK Tanjong Lumpur, Yang Berusaha Encik Mohd Amran Abd Hamid mengharapkan supaya jalinan kerjasama yang terjalin antara pihak sekolah dan UMP melalui inisiatif Kelab InSmartive ini dapat diteruskan pada masa yang akan datang dan dapat meneruskan menabur bakti kepada anak-anak pelajar SMK Tanjong Lumpur.

Program menyaksikan Raja Muhammad Iqmal Raja Ibrahim, 17 dan Siti Hajar Anis Che Mansor, 15 telah diumumkan sebagai Peserta Terbaik INTEAM semasa Majlis Perasmian Penutup yang disempurnakan oleh Yang Dipertua PIBG. Turut hadir ialah Ketua Penyelidik, Pejabat Naib Canselor, merangkap penasihat bagi Kelab InSmartive, Wan Nazrul Helmy Wan Mohd Zain dan Pembantu Penyelidik, Pejabat Naib Canselor, Mohd Mukhris Awang.

Berita disediakan oleh Muhammad Firdaus Azman, Setiausaha Bahagian Penerangan Kelab InSmartive dan Muhammad Bin Baharudin, Pengurus Projek Projek manakala foto oleh Muhammad Aminuddin Bin Rosnizan dan Faiz Zuraimiey Bin Samsuddin.


You Might Also Like

0 comments

Rakan Blog InSmartive

Total Pageviews