PROJEK KEM 3: MOTIVASI DAN KEMAHIRAN BELAJAR EFEKTIF AKADEMI MENARA GADING KOHORT IX SESI 2016/2018

10:21 PM

PROJEK KEM 3: MOTIVASI DAN KEMAHIRAN BELAJAR EFEKTIF AKADEMI MENARA GADING KOHORT IX SESI 2016/2018

Pada tanggal 15 Oktober hingga 16 Oktober 2016 yang lalu, telah berlangsung satu projek kolaborasi antara pihak Akademi Menara Gading (AMG) di bawah naungan Kebawah Duli Yang Teramat Mulia Tengku Mahkota Pahang bersama Kelab InSmartive Universiti Malaysia Pahang (UMP). Projek kolaborasi ini telah dianjurkan oleh Yayasan Istana Abdulaziz Universiti Kebangsaan Malaysia yang bertempat di Universiti Malaysia Pahang (UMP) Kampus Gambang. 

Seramai 20 orang mahasiswa Universiti Malaysia Pahang daripada kelab InSmartive telah dipilih menjadi fasilitator dan diamanahkan untuk membantu para pelajar Akademi Menara Gading. Seramai 185 orang pelajar Tingkatan 4 yang terdiri daripada pelajar yang berbeza sekolah dan jurusan iaitu jurusan sains tulen,akaun, dan sastera telah dipilih untuk menyertai program ini. Fokus utama program kali ini adalah untuk membantu pelajar-pelajar miskin dan anak-anak yatim di seluruh negeri Pahang. Dapatan lain juga adalah peserta akan dapat mengenali Universiti Malaysia Pahang, mempelajari teknik pemikiran kritis dalam memeta halatuju masa hadapan dan menonjolkan diri di khayalak ramai. Pelajar yang terlibat adalah pelajar  cemerlang dan rata-ratanya dari golongan yang miskin dan sederhana. Peserta juga dalam kalangan pelajar yang mempunyai penguasaan bahasa Inggeris yang bagus dan hebat berpidato.

Para pelajar telah tiba di Universiti Malaysia Pahang, kampus Gambang sehari sebelum berlangsungnya program iaitu pada Jumaat, 14 Oktober 2016. Pagi Sabtu, 15 Oktober para pelajar telah memulakan wacana pertama mereka iaitu ‘Senaman Pagi’  sejurus selepas mereka selesai menunaikan solat subuh dan aktiviti ‘Small Circle’. Senaman pagi ini bermula pada pukul 0700 pagi bertujuan untuk mengekalkan kecerdasan minda serta kecergasan fizikal para peserta.

Pada jam 1000 pagi semua pelajar dan fasilitator Kelab InSmartive bersiap sedia untuk Majlis Perasmian Projek Kem 3: Motavasi Dan Kemahiran Belajar Efektif Akademi Menara Gading Kohort IX Sesi 2016/2018 yang dirasmikan oleh Profesor Dato Dr Yusserie Bin Zainudin, Timbalan Naib Canselor (Hal Ehwal Pelajar & Alumni) Universiti Malaysia Pahang. Hadir sama pada perasmian tersebut, Pengurus Besar Yayasan Istana Abdulaziz, Dato Haji Abdul Munir bin Abdul Basit, Ahli Lembaga Pengarah KOSMA, Datuk Abdul Rahim Mohammad dan Encik Ahmad Shukri Johari, Pengurus Bank Rakyat Kuantan, Encik Hasnul Hadi Yusuf dan Pengurus Akdemi Menara Gading, Prof Madya Dato Dr Abdul Razaq Ahmad.


Dato Dr Yusseri bersama wakil daripada UKM, Yayasan Istana Abdulaziz dan Bank Rakyat cawangan Kuantan

Pada jam 1730 petang, wacana pertama para peserta bersama fasilitator Kelab InSmartive telah dijalankan. Para peserta telah dibahagikan kepada 12 kumpulan kecil yang diketuai oleh seorang fasilitator bagi setiap kumpulan. Pada wacana ini juga, aktiviti Neuro Linguistic Programming (NLP) telah dijalankan yang diketuai oleh saudari Nurul Aieman bt Zambri .Wacana ini telah diisi dengan aktiviti Decision Wheel dimana para peserta perlu membentangkan penyelesaian masalah yang telah diberikan oleh fasilitator. Para peserta juga dapat membina strategi dalam membuat keputusan dan dapat menambah baik kualiti pilihan mereka dalam menyelesaikan masalah.

Peserta membuat Decision Wheel


Pembentangan ahli kumpulan tentang penyelesaian masalah
Tepat jam 2330 malam, para peserta mempunyai wacana bersama fasilitator Kelab InSmartive. Aktiviti yang dijalankan pada malam tersebut adalah Jendela Jauhari. Semasa aktiviti ini dijalankan, para peserta dapat berlatih membuat perancangan dengan lebih teratur. Selain itu, peserta juga dapat menguruskan masa dengan lebih sistematik. 

Peserta mendengar penerangan daripada fasilitator

Pada 16 Oktober 2016, peserta berkumpul di UMP Holdings tepat jam 0700 pagi  selepas solat Subuh berjemaah dan 'Small Circle' untuk sesi bersama fasilitator Kelab InSmartive. Wacana ini telah dimulakan dengan aktiviti Neuro Linguistic Programming (NLP) yang diketuai oleh saudara Asraf bin Ahmad. Wacana seterusnya adalah Warkah Buat Teman. Dapatan daripada aktiviti ini adalah para peserta dapat membaiki diri masing-masing dengan menerima nasihat daripada rakan mereka. 

Sesi bergambar fasilitator bersama peserta
Para peserta bertolak pulang ke sekolah masing-masing pada jam 1400 petang selepas wacana refleksi diri bersama urusetia AMG.



You Might Also Like

0 comments

Rakan Blog InSmartive

Total Pageviews