PROJEK KILAUAN MUTIARA SERI AL-UMMAH
9:53 AM
Di
saat semua mahasiswa lain sedang seronok bercuti bersama keluarga masing-masing,
ada juga yang melepak dengan rakan-rakan sekampung, mungkin juga ada yang
sedang bekerja sambilan untuk mengisi masa lapang. Sementara itu, sekumpulan
ahli kelab In-Smartive Universiti Malaysia Pahang yang seramai 15 orang telah
bekerja keras membuat persiapan akhir sebelum bertolak ke negeri Perak Darul Ridzuan
untuk satu program motivasi bersama adik-adik Sekolah Rendah Islam Al-Ummah.
Projek Kilauan Mutiara ini telah mengambil
masa selama tiga hari dua malam bermula pada awal pagi 15 Januari 2016 sehingga tengah hari 17 Januari 2016.
Majlis Penyerahan Peserta
Sesi bergambar bersama peserta
Alhamdulillah
selepas penjalanan dengan menaiki bas yang mengambil masa selama 7 jam, kami
semua selamat sampai ke destinasi yang dituju. Kehadiran kami disambut dengan
meriah oleh pihak sekolah dan adik-adik Sekolah Rendah Islam Al-Ummah.
“Selamat
datang ke sekolah kami kakak-kakak dan abang-abang fasilitator”, kata para
peserta program yang juga merupakan pelajar Tahun 6 sekolah tersebut secara
serentak sambil mengukirkan senyuman comel.
Selepas
selesai mengemas dan mengatur barang-barang, satu majlis khas telah diadakan
untuk menyambut kedatangan kami. Majlis ini telah dihadiri oleh semua guru-guru
Sekolah Rendah Islam Al-Ummah, Guru Besar
Sekolah Rendah Islam Al-Ummah serta semua pelajar daripada Tahun 1
hingga Tahun 6 sekolah tersebut.
“Dijemput
Pegawai Pengiring dan semua fasililator dari Universiti Malaysia Pahang untuk
masuk ke dalam surau”, ucapan alu-aluan daripada pengacara majlis yang juga merupakan
salah seorang guru di sekolah tersebut.
Semua
mata tertumpu ke arah kami sambil menghadiahkan satu tepukan yang sangat
gemuruh. Pada saat dan ketika itu hanya
Tuhan yang tahu perasan kami, gembira, terharu dan berdebar. Alhamdulillah kedatangan
kami disambut dan diterima baik oleh semua pihak.
“Terima
kasih kepada semua fasilitator Universiti Malaysia Pahang kerana sudi datang
dari jauh untuk berkongsi ilmu dan membantu adik-adik di sini. Diharapkan semua
peserta dapat memberi kerjasama dan menimba
ilmu daripada kakak-kakak dan abang-abang fasilitator”, antara ucapan dan
harapan Guru Besar Sekolah Rendah Islam Al-Ummah.
Sesi bermaafan ketika Slot Cermin Diri
Peserta tidak dapat menahan sebak
Pada
sebelah petang, satu Majlis Penyerahan peserta telah diadakan, tetapi pada kali
ini majlis tersebut hanya melibatkan para peserta dan beberapa orang guru.
Majlis tersebut telah disempurnakan dengan penyerahan surat yang disampaikan
oleh Guru Penolong Kanan Sekolah Rendah Islam Al-Ummah
sebagai wakil pihak sekolah kepada Pegawai Pengiring kami, Encik Eliyass Jamaruppin.
Sesi
pertama bermula selepas solat asar, iaitu sesi taklimat kursus untuk para
peserta. Taklimat kursus ini telah disampaikan oleh Pengurus Projek iaitu
saudari Nor Fatin Mohd Yani.
“Assalamualaikum
adik-adik, sekarang akak nak sampaikan taklimat kursus tapi sebelum tu nak
tanya, siapa tahu apa tujuan taklimat kursus?” tanya saudari Nor Fatin kepada
para peserta dengan mesra. Semua pelajar berpandangan sesama sendiri dan
menggelengkan kepala mereka sebagai isyarat tidak tahu.
“Tak
mengapa, biar akak terangkan, taklimat kursus ini adalah taklimat ringkas
tentang beberapa peraturan yang perlu dipatuhi sepanjang program ini
berlangsung. Peraturan pertama….”, terang pengurus projek dengan panjang lebar.
Tak
Kenal Maka Tak Cinta adalah slot yang pertama untuk Projek Kilauan Mutiara
Sekolah Rendah Islam Al-Ummah. Slot ini adalah sesi perkenalan antara
fasilitator dengan ahli kumpulan masing-masing. Sebanyak 7 kumpulan telah
berjaya dibentuk, terbahagi kepada 4 kumpulan peserta lelaki dan 3 kumpulan
untuk peserta perempuan.
Pada
jam 1800 sehingga 2100 adalah sesi untuk para peserta melakukan khidmat diri,
makan malam, solat maghrib serta solat isyak berjemaah dan sesi Celik Minda.
“Celik
Minda? Apa tu akak fasi?”, tanya salah seorang peserta program.
“Celik
Minda adalah sesi tazkirah yang akan disampaikan oleh setiap fasilitator
kumpulan selepas solat maghrib sementara menunggu solat isyak. Untuk Celik Minda
kali ini tajuk yang dipilih adalah kehidupan di alam roh dan alam rahim”,
terang salah seorang fasilitator kepada ahli kumpulannya dengan panjang lebar.
“Akak,
malam ni kita ada slot apa lagi?”, tanya peserta yang lain pula selepas tamat
sesi Celik Minda.
“Malam
ni kita akan ada slot Jendela Jauhari, Last Man Standing dan Warkah Buat
Sahabat. Semua slot itu menarik, jadi kamu semua kena berikan tumpuan, ya?”,
kata fasilitator.
“Boleh!!!”,
kata para peserta kumpulan serentak dengan semangat.
“Tapi
Jendela Jauhari dan Last Man Standing tu slot untuk apa akak?”, tanya seorang
peserta.
“Biar
akak terangkan, slot Jendela Jauhari itu boleh membantu adik-adik menguruskan
masa secara sistematik dengan menyenaraikan perkara yang penting, tidak
penting, segera dan tidak segera. Sementara itu, slot Last Man Standing pula
adalah untuk menguji kawalan emosi dan
kemampuan adik-adik melontarkan hujah dengan lebih yakin di hadapan khalayak
ramai”, terang kakak fasilitator.
“Akak
nak tanya, slot Warkah Buat Sahabat tu macam mana pula?” tanya peserta lain
pula.
“Ohhh….slot
ni adik-adik boleh menulis ucapan untuk kawan adik-adik. Pandangan adik-adik
tentang kawan adik-adik semua. Dari situ adik-adik boleh tahu apa kelebihan
adik-adik dari pandangan orang sekeliling adik-adik. Faham semua?”.
“Faham
akak. Terima kasih”, kata seorang peserta sambil mengukirkan senyuman manis.
Semua
slot untuk hari pertama tamat pada jam
2300. Selepas kudapan malam, semua peserta bersedia untuk tidur.
Fasilitator memberi penerangan kepada peserta
Awal
pagi hari kedua Projek Kilauan Mutiara Sekolah Rendah Islam Al-Ummah, para
peserta dikejutkan untuk bersiap sedia sebelum qiamulail bermula dan seterusnya
solat subuh berjemaah. Pada jam 0600, satu perhimpunan pagi telah diadakan.
Kemudian, aktiviti diteruskan lagi dengan slot ‘Morning Punch In’. Slot ini
bertujuan untuk meningkatkan kecergasan dan daya metabolisma para peserta.
Selepas melakukan sedikit senamrobik, para peserta melakukan khidmat diri dan
bersarapan pagi.
Slot
pertama untuk hari kedua bermula pada pjam 0800 pagi dengan slot Choop! Bahasa
Inggeris. Seterusnya diikuti oleh slot S.A.L.A.M dan ‘Mind Maps’.
“Adik-adik,
untuk slot ‘Choop! Bahasa Inggeris’ ini kita akan main satu permainan.
Adik-adik dikehendaki untuk mencari sekurang-kurangnya lima patah perkataan dan
membina lima ayat bahasa inggeris berdasarkan perkataan yang adik-adik cari
tadi. Faham semua?”, tanya seorang fasilitator kepada ahli kumpulannya.
“Faham
abang. Tapi slot S.A.L.A.M pun sama juga ke?”
“Mestilah
lain. Slot S.A.L.A.M akan mengajar adik-adik cara yang betul dan mudah untuk
membina ayat Bahasa Melayu. Teknik
S.A.L.A.M ini adik-adik boleh praktikkan untuk menjawab soalan UPSR Bahasa
Melayu Penulisan bahagian A. Mudah dan berkesan. Oleh sebab tu, pastikan
adik-adik berikan tumpuan sepenuhnya semasa kedua-dua slot. Boleh?” tanya salah
seorang abang fasilitator pada adik kumpulannya selepas memberi keterangan
mengenali slot.
“InsyaAllah
boleh”, jawab adik-adik peserta dengan nada yang tersendiri.
Peserta membaca buku selama 5 minit sebelum makan
Pada
jam 1130, slot Mind Maps bermula.
“Ok,
abang nak tanya, sebelum kita mulakan slot ni, siapa tahu apa itu mind maps?’’,
tanya salah seorang fasilitator kepada adik-adik peserta.
“Saya
tahu, saya tahu”, kata salah seorang peserta dengan penuh semangat sambil
mengangkat tangan kanannya.
“Kalau
kamu tahu, cuba terangkan pada abang”, kata kawan di sebelah peserta yang
mengangkat tangan sebentar tadi.
“Mind
maps tu adalah sejenis peta minda atau nota ringkas yang dibuat untuk
memudahkan proses hafalan dengan menggunakan kreativiti tersendiri. Betul tak
abang?” kata peserta tersebut sambil tersenyum bangga.
“Betullah
tu, tapi hari ni abang nak ajar tentang Mind Maps yang direka oleh Tony Buzon.
Untuk membuat peta minda ni, kita kena tahu beberapa fakta penting yang perlu
ada dalam peta minda Tony Buzon ni…”, terang fasilitator itu lagi sambil
menunjukkan contoh peta minda yang disediakan kepada para peserta.
Projek
Kilauan Mutiara Sekolah Rendah Islam Al-Ummah berhenti sebentar untuk memberi
ruang kepada para peserta dan fasilitator-fasilitator makan tengah hari, solat
zuhur dan khidmat diri sebelum diteruskan dengan slot seterusnya, iaitu slot ‘Cheers
War’. Slot ini dapat melatih diri para peserta untuk berfikir dengan pantas
serta mengeluarkan idea-idea yang kreatif dengan bertarung melalui medium
sorakan. Selepas itu, slot diteruskan lagi dengan slot Aku!. Slot ini dilakukan
dalam kumpulan kecil seperti slot sebelumnya, tetapi slot ini lebih tertumpu
untuk para peserta untuk mempelajari ciri-ciri seorang tokoh yang mereka kagumi
dan merefleksikan kepada diri mereka sendiri menggunakan kotak cermin. Sekali
lagi, projek ditangguhkan untuk memberi laluan kepada aktiviti kudapan dan solat
asar.
Projek
Kilauan Mutiara disambung kembali dengan slot
Aku Ada Kau Ada. Slot ini menghendaki setiap ahli dalam kumpulan
dibahagikan kepada beberapa keadaan. Antaranya, buta, kudung dan bisu. Para
peserta sangat gembira melakukan aktiviti dalam slot ini. Aktiviti dalam slot
ini bertujuan untuk memberi kesedaran pada para peserta supaya menghargai
kelebihan yang ada pada diri mereka.
Pada
jam 1830 petang, para peserta diberi masa untuk khidmat diri, makan malam,
solat maghrib dan solat isyak berjemaah serta celik minda yang bertajuk
kehidupan di alam dunia dan akhirat.
Slot
diteruskan lagi tepat jam 2100 dengan slot Salah Siapa?. Melalui slot ini para
peserta dikehendaki berdebat mengenai masalah yang diberikan. Pada projek kali
ini, tajuk yang diberikan ialah ‘Jatuh basikal, salah siapa?’.
“Salah
mata sebab tak pandang jalan dengan betul”, kata kumpulan tangan.
“Salah
jalan sebab tak rata dan berbatu-batu”, balas kumpulan mata.
“Salah
tangan sebab tak kawal stereng dengan baik”, kata kumpulan jalan. Antara contoh
dialog perdebatan yang berlaku.
Slot
Cermin Diri adalah slot penutup untuk hari kedua Projek Kilauan Mutiara Sekolah
Rendah Islam Al-Ummah. Slot ini bertujuan untuk memuhasabah para peserta serta
memperbaiki kelemahan diri mereka. Semua peserta dibenarkan tidur selepas
kudapan malam.
Pada
jam 0500, semua peserta dikejutkan untuk melakukan qiamulail diikuti dengan solat
subuh berjemaah. Tepat jam 0700, semua peserta bersarapan pagi dan dibenarkan
untuk melakukan khidmat diri. Projek Kilauan Mutiara Sekolah Rendah Islam
Al-Ummah membuka tirai untuk hari ketiga dengan slot ‘Timeline’.
“Akak,
Timeline ini kita nak buat apa sebenarnya?” tanya salah seorang peserta
perempuan comel yang kebinggungan.
“Dalam
slot Timeline ni akak nak adik rangka masa depan impian adik, semasa UPSR adik
nak capai apa, seterusnya nak masuk sekolah mana, PT3 nak dapat berapa A, lepas
tu, SPM pula, akhir sekali cita-cita adik. Nak jadi apa? Harapan adik untuk
masa depan adik? Mungkin ada yang nak masuk Universiti Malaysia Pahang macam
akak ?”, terang salah seorang fasilitator sambil tersenyum.
“Ohhh…
kita nak kena buat karangan ke akak?” tanya salah seorang peserta yang lain.
“Eh,
tak, tak… adik boleh lukis, buat ayat-ayat pendek sahaja. Kalau boleh banyakkan
melukis. Lagi menarik”.
“Akak
lepas ni slot apa pula?”, tanya seorang peserta perempuan sambil melukis .
“Lepas
ini kita ada slot ‘Sembang Santai’. Lepas tu, rehat jap, kudapan pagi.
Seterusnya kita sambung lagi dengan slot terakhir iaitu slot Hati ke Hati”,
balas fasilitator.
“Ohhh….”,
balas beberapa orang peserta serentak.
Majlis
Perasmian Penutup telah bermula tepat pada jam 1130 selepas semua dif-dif
jemputan masuk ke dewan majlis. Majlis tersebut telah dirasmikan oleh Guru
Besar Sekolah Rendah Islam Al-Ummah, Ustaz Wan Ahmad Puad Wan Sulaiman. Turut
hadir ialah Ketua Penyelidik Kepada Naib Canselor merangkap Penasihat Kelab
In-Smartive, Encik Wan Nazrul Helmy Wan Mohd Zain. Alhamdulillah, majlis
tersebut telah berjalan dengan lancar. Maklum balas yang diterima daripada guru
besar dan guru-guru adalah komen yang positif. Diharapkan silaturrahim para
peserta bersama abang-abang dan kakak-kakak fasilitator yang terjalin ini
berpanjangan.
Kami
semua bergerak pulang ke Universiti Malaysia Pahang pada jam 1400.
Ditulis
oleh Aqilah Adenan, AJK Protokol Projek Kilauan Mutiara Sekolah Rendah Islam
Al-Ummah.
Sesi bergambar ketika Majlis Penutup
0 comments