KEM INTERAKSI PEMIMPIN MUDA (IN-TEAM) SEKOLAH KEBANGSAAN (LKTP) KERATONG 1
2:56 AM
Pada
6 Februari 2015, telah bermulanya Kem Interaksi Pemimpin Muda (In-Team) bagi pemimpin-pemimpin
di Sekolah Kebangsaan(LKTP) SK Keratong 1. Kem kepimpinan yang dihadiri oleh 116
peserta ini terdiri daripada pengawas sekolah, pengawas pusat sumber, pengawas pencegah
dadah, ketua darjah dan juga penolong ketua darjah. Seramai 30 orang
fasilitator turut serta dalam menjayakan program yang berlangsung selama tiga
hari dua malam ini. Menariknya progam In-Team kali ini ialah program anak angkat
turut dilaksanakan bagi mengeratkan sillaturrahim antara fasilitator dengan
para penduduk kawasan Keratong 1.
Matlamat
program ini adalah untuk menerapkan jiwa kepimpinan dalam diri sanubari peserta
iaitu sifat amanah dan bijak membuat keputusan dalam menjalankan tanggungjawab mereka.
Disamping itu, kem ini juga diadakan bagi memantapkan diri mereka secara menyeluruh
dari segi menguji daya mental, fizikal dan sahsiah para peserta.
6 Februari 2015 |
Jumaat
Setibanya
kami di SK Keratong 1, kami disambut meriah oleh para guru di sana. Selepas itu,
fasilitator lelaki menuju ke masjid berhampiran bagi menunaikan solat Jumaat manakala
fasilitator perempuan pula bergegas membuat persediaan bagi Majlis Penyerahan Peserta
secara rasmi daripada pihak sekolah dan penyerahan fasilitator kepada keluarga angkat.
Majlis
penyerahan yang bermula pada jam 3.30 petang tersebut dirasmikan oleh Puan Aizah
binti Yusof selaku Guru Penolong Konon HEM SK Keratong 1. Majlis penyerahan
yang berakhir pada jam 4.30 petang disambung pula dengan sesi taklimat program oleh
saudari Siti Norhidayah binti Samsuri selaku pengurus projek IN-TEAM pada kali
ini. Prinsip ‘One For All, All For One’
ditekankan kepada para peserta sebelum penyerahan tag nama dan barang amanah diberikan
pada para peserta.
Aktiviti
seterusnya adalah slot ‘Guess What’. Tujuan slot ini diwujudkan adalah supaya
para fasilitator dan peserta dapat berinteraksi di antara satu sama lain. Di
sini, kemesraan antara peserta dapat dilihat apabila mereka memperkenalkan diri
masing-masing. Justeru, secara tidak langsung ukhuwah dapat terjalin antara peserta
dengan fasilitator.
Apabila
maghrib menjelang tiba, makan malam dan solat maghrib dan isya’ ditunaikan diikuti
solat hajat. Sesi celik minda yang berlangsung antara solat maghrib dan solat isya’
merupakan sesi ceramah di mana kisah-kisah teladan diceritakan kepada peserta agar mereka dapat mengambil iktibar
daripada kisah-kisah tersebut.
Para peserta sedang melakukan aktiviti secara berkumpulan. |
Seterusnya
adalah slot ‘Light!, Camera!, Action!’ dimana perlantikan penghulu dan penghuluwati,
penghasilan ‘bandage’ kumpulan dan bendera bagi peserta perempuan dan peserta lelaki
serta pertabalan penghulu dan penghuluwati. Dalam slot ini, peserta dapat melatih
diri untuk berfikir secara kreatif dan kritis dalam masa yang singkat . Mereka perlu
mengeluarkan idea sendiri untuk membuat bandage kumpulan masing-masing. Majlis pertabalan
penghulu dan penghuluwati telah ditabalkan sendiri oleh pengurus projek, saudari
Siti Nor Hidayah bt Samsuri.
Slot
terakhir pada malam tersebut ialah sesi pra-muhasabah, dimana peserta diberikan
masa untuk membuat perancangan bagi mengendalikan perhimpunan mingguan pada keesokan
harinya. Oleh kerana program IN-TEAM pada kali ini bergabung dengan program anak
kangkat, maka kesemua peserta pulang ke rumah, manakala fasilitator dijemput oleh
keluarga angkat untuk menginap di rumah keluarga angkat masing-masing.
7 Februari 2015 |
Sabtu
Seawal
jam 7:30 pagi, perhimpunan rasmi mingguan diadakan di dataran sekolah dengan bantuan
fasilitator agar mereka dapat mempelajari cara mengendalikan perhimpunan dengan
cara yang betul.
Sejurus
itu, aktiviti suai fizikal diadakan di pagi hari untuk menguatkan kecergasan badan
dan mencerdaskan minda para peserta. Sesi ketiga pada pagi tersebut ialah slot
Sekolah Impian. Slot ini dapat mendidik peserta untuk memahami peranan sebenar mereka
sebagai pemimpin di sekolah.
Tenaga
para peserta dapat dicas semula apabila mereka menunaikan solat dhuha dan diberi
kudapan pagi. Slot diteruskan dengan slot ‘Last Man Standing’ dimana peserta perlu
berinteraksi di khalayak ramai dengan keyakinan yang tinggi. Di dalam slot ini,
keupayaan para peserta untuk berkomunikasi diuji dalam pelbagai situasi. Antara
yang memberi respon positif dalam slot ini ialah seorang peserta lelaki , berliau
berkata bahawa dia berasa agak gementar pada mulanya, tetapi gentarnya kian menghilang
apabila dia mula berasa selesa dan berani berkomunikasi di khalayak ramai.
Semangat adik ni menulis. |
Sesi
seterusnya ialah slot Gula-Gula Beracun dimana peserta perlu peka dengan arahan
sebelum membuat sebarang keputusan dan tindakan selanjutnya. Seterusnya slot ‘Cheers
War’ dimana peserta menunjukkan semangat berpasukan dan bekerjasama yang tinggi
dalam mempertahankan kumpulan mereka. Suasana menjadi riuh rendah kerana semua peserta
ingin mempertahankan pasukan mereka sedaya-upaya daripada terkena serangan
daripada pasukan lain.
Pelajar
meneruskan program mereka dengan modul ‘Bob The Builder’. Matlamat modul ini adalah
untuk melatih diri para peserta agar dapat menjadi lebih peka terhadap arahan ketua
mereka dan saling mempercayai antara satu sama lain. Kemudiannya, slot ’Sharing
is Caring’ iaitu slot perkongsian dalam kumpulan bersama fasilitator bertujuan untuk
menimba pengalaman fasilitator dalam ilmu kepimpinan.
Slot Sayang Si Buta yang dikendalikan tepat
jam 5 petang merupakan slot yang paling mencabar kerana peserta diuji dengan sifat
kepercayaan dan kerjasama yang tinggi terhadap rakan sepasukan mereka dalam mengharungi
pelbagai halangan yang ditempuhi. Peserta juga perlu lebih peka melalui halangan
dengan bantuan arahan dari rakan-rakan mereka.
Kepercayaan dan kerjasama yang tinggi oleh peserta amat dititik-beratkan di dalam slot ini. |
Apabila
hari beransur senja, tenaga para peserta dikembalikan dengan makan malam. Diikuti dengan solat
maghrib dan celik minda. Slot di sebelah malam bermula pada jam 9 malam iaitu
slot ‘Aku!’. Slot 'Aku!' ialah slot dimana peserta dapat melihat potensi sebenar
yang ada pada diri mereka untuk menjadi pemimpin yang berwibawa. Ciri-ciri seorang
pemimpin juga diterapkan kepada mereka semua agar mereka dapat mejadi pemimpin
yang berguna. Slot terakhir pada hari tersebut ialah sesi muhasabah diri. Tangisan
keinsafan dizahirkan tatkala mereka semua diberi kesedaran akan kekhilafan diri
yang pernah dilakukan. Muhasabah kali ini mendidik perasaan bertanggungjawab dan
amanah dalam menjalankan tugas sebagai seorang pemimpin kepada para peserta.
8 Februari |Ahad
Hari
terakhir program ini dimulai dengan slot suai fizikal pada jam 8 pagi diikuti dengan
sesi Inspire yang dikendalikan oleh saudara Ahmad Zarif bin Ahmad Fauzi. Slot
ini diberikan pendekatan secara santai akan cara-cara untuk meningkatkan motivasi
diri dalam menjalani kehidupan seharian. Slot ‘Hati ke Hati’ merupakan slot
terakhir dalam program IN-TEAM kali ini. Slot ini dapat mengetahui maklum balas dan penilaian oleh para peserta terhadap perlaksanaan kursus secara keseluruhan.
Semoga berjumpa lagi warga SK Keratong 1 !! |
Disediakan
oleh : Zafirah Binti Zainal Fitri
0 comments