PROJEK KILAUAN MUTIARA KOLEJ MATRIKULASI PAHANG (KMPH)
9:50 PM
Satu projek inisiatif antara Kelab In-Smartive bersama
pihak Kolej Matrikulasi Pahang dengan kerjasama dari pihak Universiti Malaysia
Pahang telah berlangsung pada 20 September 2014 bersamaan dengan 15 Zulkaedah
1435h bertempat di Universiti Malaysia Pahang Kampus Pekan. Projek yang
diketuai oleh Siti Shafeera binti Kamal Azman Shah selaku pengurus projek
berjaya menggabungkan seramai lebih kurang 30 orang fasilitator yang sebahagiannya
merupakan para alumni Kolej Matrikulasi Pahang bersama 72 orang pelajar dua
tahun (PDT) Semester 1 2014/2015 yang terpilih.
Para fasilitator telah berkumpul di Pekan pada hari
Jumaat untuk menghadiri Training of Trainers (ToT) bagi memantapkan lagi
kemahiran-kemahiran yang telah sedia ada. Seawal 7.30 pagi hari Sabtu, para
fasilitator telah bersiap sedia untuk menyambut kedatangan para tetamu dan
dif-dif jemputan yang terdiri daripada para pensyarah dan juga yang diraikan
iaitu para pelajar Matrikulasi Pahang sendiri. Segala persiapan rapi telah
dilakukan untuk memastikan kelancaran program berlangsung. Kami cuba
menyediakan pelbagai kemudahan untuk memastikan para tetamu merasa selesa
sepanjang program berlangsung. Tepat 9.00 pagi, para tetamu yang ditunggu telah
sampai di perkarangan Fakulti Kejuruteraan Pembuatan, UMP Pekan dan bersedia untuk
menjalani program satu hari bersama para fasilitator In-Smartive.
Ketibaan
para tetamu di perkarangan FKP.
|
Program ini dimulakan dengan slot pertama iaitu slot “Ice
Breaking” yang diketuai oleh saudara Mohd Mukhris bin Awang. Para peserta telah
dibahagikan kepada 7 kumpulan dan setiap kumpulan mempunyai 3 orang
fasilitator. Sesi pengenalan antara fasilitator kumpulan dan para peserta telah
dilakukan bagi mengenali antara satu sama lain dan memudahkan para peserta
untuk bekerja dalam satu kumpulan tanpa rasa segan dan mudah mesra dengan para
fasilitator dan ahli kumpulan yang lain. Semasa slot “Ice Breaking” dijalankan,
setiap fasilitator kumpulan ditugaskan untuk mengenal ahli kumpulan
masing-masing dengan bermain permainan yang diberi nama “Bang Bang Bang”.
Sesi
beramah mesra antara ahli kumpulan.
|
Program diteruskan dengan slot kedua iaitu “Jendela
Jauhari”. Dalam slot yang diketuai oleh saudari Nur Hafizatul Ain ini
mendedahkan kepada para pelajar tentang cara-cara untuk merancang tugasan
seharian. Slot ini juga dapat membuka mata pelajar dan memberi info tentang
bagaimana caranya untuk menguruskan hal yang mustahak, tidak mustahak, segera
dan tidak segera. Pendek kata, slot ini dapat mengajar mereka tentang hal yang
perlu dilaksanakan terlebih dahulu dan hal yang boleh ditangguhkan sementara.
Adik-adik
bertungkus lumus menyiapkan tugasan yang diberi J
|
Slot ketiga ialah slot "D.I.C.E" yang diketuai oleh saudara
Mohd Arif bin Razak. Melalui "D.I.C.E", para peserta diberi satu situasi dan
diminta untuk mengenal pasti sesuatu masalah dan cara untuk menyelesaikan
masalah tersebut berdasarkan situasi yang diberikan. Sesuai dengan tema "D.I.C.E" yang memberi maksud Determine, Identify, Choose and Evaluate. (Determine the
problems, Identify the solution, Choose the best solution and Evaluate the
steps).
Semangat
sepasukan yang utuh J
|
Pada waktu tengah hari, para peserta dibenarkan rehat untuk
makan tengah hari dan solat Zohor sebelum program disambung pada sebelah petang.
Pada pukul 2 petang, program diteruskan dengan slot keempat iaitu slot “Last Man Standing”. Dalam slot yang
diambil alih oleh saudara Mohd Nizam
Azhar bin Baderol Hisam ini dapat melatih para peserta untuk berani tampil di
khalayak ramai dan membina keyakinan diri yang tinggi untuk berucap dan
berhadapan dengan hadirin yang ramai.
Antara
wajah-wajah yang berani menyahut cabaran. Syabas! J
|
Untuk slot yang terakhir yang diketuai oleh saudara Muhd
Amirul Farhan bin Arif Rahimi iaitu slot
“Inspire”. Dalam slot ini, saudara Farhan menerangkan dan mendedahkan tentang
hala tuju dan apa matlamat yang ingin dicapai selepas tamat program matrikulasi
kelak. Tujuan slot ini dijalankan supaya dapat membuka jalan kepada para
peserta dan membuka minda dan mata mereka untuk merancang perjalanan hidup
mereka selepas tamat program matrikulasi.
Para
peserta mendengar taklimat daripada saudara Farhan.
|
Sampai sudah ke majlis penutupan setelah seharian program
ini dijalankan. Harapan kami selaku pihak penganjur program supaya para peserta
mendapat objektif yang kami cuba sampaikan kepada mereka dan manfaat daripada
program ini dapat dirasai bukan sahaja daripada para peserta, malah daripada
pihak kami sendiri. Semoga ukhuwah yang baru terjalin ini akan terus diberkati
dan berkekalan hingga akhir hayat.
Sesi
penerimaan cenderahati daripada pihak KMPh kepada pihak UMP.
|
Akhir sekali, persembahan istimewa daripada para
fasilitator kepada para peserta sebelum berpisah. Sesi bersalaman dan bergambar
juga turut berlangsung.
“Refreshment
Time”
|
Sesi
bergambar sebagai kenangan J
|
Peace The In-Smartive. |
Tabik!! |
Semoga
ukhuwah kita sentiasa terjalin dan diberi peluang untuk bekerjasama lagi
pada
masa akan datang J
|
Credit to : Syafiqa Afira bt. Abdul Rahman
(FSKKP)
"Orang yang berjaya dalam hidup adalah orang yang nampak
tujuannya dengan jelas dan menjurus kepadanya
tanpa menyimpang"-Cecil B.Demille
0 comments