NGEPRING : TOUCHDOWN FOR CHARITY
11:29 AM
Pada tanggal 17 Mei 2014, telah berlangsungnya satu program “Ngepring:Touchdown For Charity” kolaborasi Kelab In-smartive dengan PEKA
5 yang diketuai oleh pengurus projek Ahmad
Zarif Bin Ahmad Fauzi yang diadakan di UMP kampus Pekan. Ngepring:Touchdown for
charity ini merupakan inisiatif Kelab In-Smartive bagi mewujudkan program
kerjasama antara kelab In-Smartive dan Peka 5. Projek ini dilaksanakan dengan
objektif utama iaitu menjana sumbangan bagi ‘Perpustakaan Cahaya Budiman UMP-UTY’
yang akan memberi kemudahan kepada para penduduk menambah ilmu pengetahuan.’
Perpustakaan Cahaya Budiman UMP-UTY’ adalah merupakan salah satu inisiatif bagi
Projek Titik Sentuhan @Jogjakarta 2.1 yang akan dijangka dilaksanakan pada awal
Bulan Oktober. Dalam pada masa yang sama, program seumpama ini secara tidak
langsung dapat mewujudkan perkongsian idea antara kelab In-Smartive bersama
Peka 5 UMP.
Pada pukul 8 pagi, para peserta mula
mendaftarkan diri dan bersarapan. Sebelum pertandingan bermula, para peserta
diberi taklimat ringkas mengenai peraturan sepanjang pertandingan program ini.
Sebanyak 26 kumpulan yang menyertai pertandingan yang terdiri daripada 5
orang ahli dalam setiap kumpulan . Disamping itu, daripada 26 kumpulan, setiap
kumpulan dibahagikan pula kepada kumpulan yang terdiri daripada 4 atau 5
kumpulan iaitu mewakili kumpulan A,B,C,D,E dan F. Pada pukul 9 pagi,
pertandingan bermula dan setiap kumpulan bergerak ke check point yang
disediakan dan diiringi oleh seorang urusetia . Sebanyak 10 check point disediakan
untuk pertandingan. Check point pertama yang bertempat di Kafe Pusat Aktiviti
Pelajar iaitu “Face the Challenge” setiap ahli kumpulan di kehendaki memutar roda pilihan bg menentukan
cabaran yang bakal di lalui. Antara cabarannya adalah makan telur mentah,
bawang merah, bawang putih, halia lada sulah, bunga cengkih, kulit kayu manis.
kombinasi pilihan yang dipilih oleh mereka akan dihancurkan bersama dan mereka
perlu makan hasil kombinasi bahan-bahan tersebut. Bertempat di Pusat pelajar
aras 1,Check point 2 iaitu “Get the flags” yang meminta 3 orang ahli kumpulan akan diikat kaki kanan
bersama-sama dan mereka perlu berlari ke satu destinasi untuk mendapatkan
bendera. Kemudian mereka perlu berpatah balik ke tempat asal untuk meletakkan
bendera di tempat yang di sediakan.Masa tamat setelah 2 minit.
Tugasan di checkpoint 3 yang bertempat di depan kafe ialah “Cool it”, di
mana salah seorang peserta dari setiap kumpulan dikehendaki merendamkan
kedua-dua belah kaki ke dalam baldi yang dipenuhi oleh ais manakala empat orang
ahli kumpulan perlu berlari mengikut susur gajah blok .Peserta yang direndam
kaki akan boleh keluar apabila semua
ahli kumpulan berjaya menamatkan larian. Selepas itu, “Shoot the
ball” yang bertempat di Gelanggang Futsal, 2 orang ahli kumpulan dikehendaki
mengangkat seorang ahli kumpulan .Peserta yang diangkat akan membaling
bola kedalam kotak yang disediakan ketika rakan yang mengangkat sedang
berlari.Masa tamat apabila peserta tiba di garisan penamat atau apabila mereka
berhenti berlari. Selain itu, checkpoint 5 bertempat di kafe FKEE adalah “Hot
& Spicy”. setiap ahli kumpulan perlu buat pusingan “helicopter”. Kemudian
mereka akan berlari ke arah roti yang disediakan dan setiap ahli kumpulan akan
memilih untuk makan mana-mana roti yang dihidangkan. 2 kumpulan akan bersaing.
Sekiranya 1 kumpulan mempunya 5 orang, maka roti yang dihidangkan adalah 20
gulung.sekiranya terdapat ahli kumpulan yang termakan wasabi, maka kumpulan itu
tewas. Roti yang ada wasabi hanya 1 daripada 20 keping yang disediakan.
Tugasan
yang perlu dilaksanakan di check point 6 adalah “Missing Coin”, salah seorang
ahli kumpulan perlu mencari 3 keping duit syiling 5 sen. Kolam tersebut dipenuhi lumpur dan duit
syiling 10 sen, 20 sen, 50 sen. Duit syiling 5 sen hanya ada 6 keping. Masa
maksimum adalah 2 minit. Atau masa tamat apabila peserta berjaya menyelesaikan
misi. Checkpoint 6 adalah bertempat di Padang Kecil hadapan FKM. Bertempat di padang bersebelahan DK300, “Unlock
The Key” merupakan checkpoint ke tujuh dan setiap ahli kumpulan perlu mencari
kunci di dalam kotak bagi membebaskan rakan mereka yang telah di kunci .Di
dalam kotak tersebut terdapat haiwan tertentu dan masa tamat apabila mereka
dapat selesaikan tugasan yang di beri. “Homerun” adalah tugasan di checkpoint 8
yang 2 orang ahli kumpulan perlu mengangkat seorang ahli kumpulan dan mereka
perlu berlari mengikut perimeter yang ditetapkan.Salah seorang ahli lagi perlu
menyebut perkataan “Homerun’ selama mana yang mungkin.Masa tamat apabila 3
orang tersebut tiba di garisan penamat. Atau apabila perkataan “Homerun” tamat
atau setelah 2 minit.
Selepas itu, di checkpoint 9 iaitu” Find The
Sweet” yang bertempat di Anjung Perpustakaan.
Terdapat 10 pinggan polisterin yang dipenuhi tepung, air dan bawang
putih. Antara 10 pinggan tersebut, ada 5 pinggan yang mempunyai gula-gula.Setiap
ahli perlu mencari gula-gula tersebut secara bergilir-gilir. Masa maksimum
adalah 2 minit. Atau masa tamat apabila mereka berjaya mencari 5 biji gula-gula
tersebut.Bertempat di Jeti Tasik UMP, salah seorang ahli kumpulan perlu menahan
nafas didalam air manakala salah seorang ahli kumpulan lagi perlu memasukkan
benang kedalam semua jarum yang disediakan. Masa tamat apabila misi selesai dan
rakan yang menahan nafas selesai tugasnya.Masa juga tamat apabila rakan yang
menahan nafas angkat muka dari mangkuk yang berisi air tasik itu. Tugasan ini adalah untuk checkpoint ke 10 iaitu “Diving”.
Pada pukul 1 tengah hari, semua peserta berjaya
menyelesaikan tugasan yang diberikan dan menikmati hidangan tengah hari .
Majlis penyampaian hadiah dihadiri oleh Pemangku Pengetua KK5, Dr Saiful Anwar
bin Che Ghani , TYDP Peka 5, Nurafiqah bt. Mat Ariffin, dan Presiden Kelab
In-smartive, Ahmad Asyraf. Pemenang Fear Race mengikut kumpulan besar mereka
iaitu kumpulan A,B,C,D,E dan F iaitu Tanker, Fahhad Aw,Haru Biru,
Rare,Brotherhood dan Eg 2 kings. Majlis penyampain hadiah juga serikan juga
dengan acara cabutan bertuah. Nama yang bertuah akan dipanggil dan perlu
mencabut nombor hadiah yang mewakili pelbagai jenis hadiah. Bagi acara cabutan
bertuah, hadiah yang disediakan adalah water heater,lens, powerbank,teddy
bear,monopod dan set gelas. Pada pukul 4 petang, majlis bersurai.
Aktiviti malam (Running man) bermula seawal jam 8 malam dengan pendaftaran peserta. Sebelum pertandingan bermula, para peserta diberi taklimat ringkas mengenai peraturan aktiviti. Sebanyak 20 kumpulan yang menyertai pertandingan yang terdiri daripada 5 orang ahli dalam setiap kumpulan. Para peserta diberikan tag nama yang tertulis nama mereka sendiri yang harus di pamerkan sepanjang aktiviti berlangsung. Aktiviti Running man bermula pada jam 8.30 malam. Para peserta di beri tugasan untuk mencari dan mengumpul bola kertas sebanyak yang mungkin disamping menjaga tag nama mereka. Hal demikian kerana terdapat beberapa orang ‘spy’ yang telah dipilih secara sembunyi bagi menjalankan misi yang telah diberikn kepada mereka. Misi untuk ‘spy’ adalah mencari bola-bola berwarna. Bola-bola berwarna ini membawa maksud bahawa ‘spy’ boleh mencabut tag nama peserta mengikut warna-warna bola yang dijumpai mereka.
Selain itu, para peserta juga diarahkan untuk mencari kad-kad misteri yang memberi petunjuk bahawa terdapatnya ‘spy’ dalam kalangan mereka. Melalui kad-kad misteri ini, para peserta boleh mencari dan mengenalpasti identiti ‘spy’ dan kemudian mereka boleh mencabut tag nama ‘spy’. Jika para peserta dapat meneka dan mencabut tag nama ‘spy’ dengan betul, maka ‘spy’ tersebut akan mati. Tetapi, jika mereka tersalah tekaan, mereka yang harus terkeluar.
20 minit terakhir, peraturan telah diubah
kepada, tiada spy dan peserta boleh menarik tag nama peserta lain. Pertarungan
antara peserta running man ini berlangsung selama 1 jam 45 minit berakhir
dengan penyampaian hadiah kepada pemenang. Hadiah di sampaikan oleh Dr. Zainah
bt Md. Zain dengan diiringi saudara Asraf bin Ahmad selaku Presiden Kelab
In-Smartive.
Pemenang berkumpulan telah dimenangi oleh kumpulan yang diberi nama KPJ. Bagi pemenang individu pula di menangi oleh saudara Muhammad Syafiq. Untuk kategori ‘spy’ terbaik pula dimenangi oleh See Yoon Soon. Cabutan bertuah dimenangi oleh saudara Poo. Aktiviti Running Man ini berakhir pada jam 11 malam.
"FEAR RACE"
Besarnya 'bear'!! Tersenyum lebar pemenang bertuah. |
Tersusun dan teratur. Senyum!! |
Hati-hati. Nanti jatuh pulak. |
Buat apa tu? Habis muka. Ish, Ish, Ish. |
Mencari-cari. Agaknya apa yang jumpa? |
"RUNNING MAN"
Tak sah kalau tak bergambar. |
Berjalan sambil berusaha menyiapkan tugasan yang diberikan. |
Aiikkk!! ni tengah nasyid ka? ce tengok tangan. |
Planning-planning. Kena usaha sampai menang. |
Tahniah!! Dapat baju "Running-man". Caya r. |
0 comments