KEM INTERAKSI PEMIMPIN MUDA (IN-TEAM) SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN PADANG TENGKU
8:25 PM
Pada 23 hingga 25 Mei 2014,
telah berlangsungnya Kem Interaksi Pemimpin Muda (IN-TEAM) Sekolah Menengah
Kebangsaan (SMK) Padang Tengku yang melibatkan pemimpin sekolah
berkenaan. Kem ini telah diadakan di sekolah ini sendiri di mana kawasan
sekolah ini berada di kawasan agak pedalaman iaitu di daerah Lipis, Pahang. Para peserta terdiri daripada 79
orang pemimpin, merangkap pengawas sekolah serta exco asrama. Kem ini dikelola
oleh 20 orang fasilitator kelab IN-SMARTIVE Universiti Malaysia Pahang (UMP). Kem
pada kali ini berlangsung dalam suasana yang sangat tenang. Hasil kerjasama
pihak sekolah dan Kelab In-Smartive, kem selama 3 hari 2 malam ini telah
berlangsung dengan jayanya.
Kem ini diadakan bertujuan
untuk memantapkan sifat kepimpinan dalam diri para peserta. Memandangkan mereka
terdiri daripada golongan teratas dalam hierarki sekolah selepas guru, justeru
mereka bukan sahaja diuji dari kekuatan fizikal, malah dari aspek rohani dan
juga intelek agar mereka tidak menjadi pemimpin yang hanya pandai berkata-kata
dan petah memberi arahan.
23
Mei 2014
Setibanya di SMK Padang Tengku, fasilitator-fasilitator telah membuat persiapan
untuk penginapan dan majlis penyerahan kelak. Setelah selesai persiapan, majlis
penyerahan yang bermula lebih awal daripada yang dijadualkan iaitu pada jam 3 petang
dirasmikan oleh Guru Penolong Kanan Hal Ehwal Pelajar sekolah terbabit. Setelah
sesi penyerahan tamat, acara disambungkan dengan slot pertama iaitu taklimat kursus
yang diberikan oleh saudari Siti Hajar Ulya selaku pengurus
projek IN-TEAM bagi kali ini. Peserta diberi penekanan mengenai prinsip ‘One
For All, All For One’. Segala barang berharga termasuk beg duit dan telefon
bimbit diserahkan kepada fasilitator atas faktor keselamatan.
Pengurus projek memberi taklimatnya. |
Usai menunaikan
solat fardu Asar, peserta kembali ke dewan untuk slot kedua iaitu slot ‘Tak
Kenal Maka Tak Cinta’. Peserta telah diberikan satu helai kertas yang
mengandungi dua buah gambar fasilitator dan mereka harus mencari nama dan
maklumat yang dikehendaki daripada fasilitator itu sendiri. Pengenalan
fasilitator dalam slot ‘Tak Kenal Maka Tak Cinta’ bertujuan untuk
memperkenalkan para pemudah cara kepada peserta sepanjang kem ini berlangsung.
Pada jam 6.30 petang, peserta dilepaskan untuk makan malam dan khidmat diri.
Peserta berusaha memperkenalkan fasilitator kepada peserta-peserta lain. |
Slot ‘Mulanya Di
Sini’ menjadi pembuka tirai slot pada sebelah malamnya. Empat aktiviti dalam
satu slot iaitu pelantikan penghulu dan penghulu wati, penubuhan organisasi
kem, penghasilan bandage kumpulan dan bendera pasukan serta pertabalan penghulu
dan penghulu wati. Pertabalan Penghulu dan penghulu wati kem ditabalkan sendiri
oleh pengurus projek IN-TEAM ini. Upacara pertabalan berlangsung dengan gilang gemilang menggunakan alunan
muzik nobat negeri Perak.
Pertabalan 'Penghulu' dan 'Penghuluwati'. |
Seterusnya, slot
Pra Muhasabah dilakukan bertujuan memberi kesedaran kepada peserta akan
kelemahan dan kekurangan diri sebagai seorang pemimpin. Mereka diberi penekanan
berulang kali mengenai keutamaan berfikir sebelum bertindak dan akal mendahului
emosi dalam setiap perkara. Emosi mereka benar-benar teruji apabila mereka
dikehendaki membuat keputusan dalam situasi genting.
Sebagai penutup
aktiviti, ‘Warkah Buat Sang Pemimpin’ menjadi tidak ketinggalan. Menggunakan
pendekatan memendam itu menyakitkan, peserta dikehendaki menulis surat untuk
rakan mereka tanpa mendedahkan identiti si penghantar surat. Secara
rasionalnya, peserta dapat menegur kekhilafan sesama sendiri dan seterusnya
menambah nilai dalam diri masing-masing. Slot ini tamat pada jam 12.30 malam
untuk kudapan.
15
Mac 2014
Mental para
peserta sekali lagi diuji apabila mereka dikejutkan seawal jam 500 untuk sesi
qiamullail. Selepas solat fardu Subuh berjemaah dan sedikit perkongsian ilmu,
para pemimpin berkumpul untuk perhimpunan pagi dan suai fizikal. Aktiviti ini
bukan sahaja dapat meningkatkan kecergasan dan daya metabolisme peserta malah
dapat merapatkan silaturrahim antara kami.
Sesi 'Suai fizikal' dijalankan. |
Selepas sarapan
pagi pada jam 0730 peserta diperkenalkan dengan "S.W.O.T Analysis".
Dalam slot ini peserta akan didedahkan dengan kepentingan pengurusan
berlandaskan kekuatan, kelemahan, peluang dan ancaman dalam organisasi. Peserta
telah dibahagikan mengikut fasilitator masing-masing dan membuat aktiviti ini
di dalam kumpulan. Mereka seterusnya akan membentangkan hasil perbincangan mereka kepada para fasilitator.
Agenda seterusnya
adalah untuk memberi peluang dan ruang untuk peserta mempelajari cara membuat
keputusan dengan lebih teratur melalui slot "D.I.C.E" iaitu
"determine", "identify", "choose" and
"evaluate". Menggunakan Pulau Nauru sebagai contoh, peserta
kemudiannya boleh mengaplikasikan konsep D.I.C.E dalam kepimpinan.
Setelah selesai
kudapan, kem ini digamatkan lagi dengan aktiviti Bursa Saham. Aktiviti ini
bertujuan agar peserta dapat membuat keputusan dalam waktu yang singkat. Peserta
dibahagikan kepada dua company iaitu company dan company B. Mereka membuat
perbincangan bersama dengan ahli jawatankuasa kumpulan yang lain untuk memilih
saham. Jam 12.30 tengah hari, aktiviti dihentikan untuk memberi peluang peserta
untuk makan tengah hari dan solat Zohor.
Perbincangan dalam memilih syer yang sepatutunya. |
‘Last
Man Standing’ merupakan salah satu medium yang memberi ruang kepada peserta
meningkatkan keyakinan diri terutamanya ketika berucap di khalayak. Peserta
dibahagikan kepada dua kumpulan besar dan dipecahkan kepada dua tempat yang
berbeza. Slot ini bermula pada jam 2.00 petang dan berakhir pada jam 4.00
petang untuk kudapan dan solat Asar.
Peserta sedang memberi mempertahankan hujahnya. |
Selepas solat
Asar, peserta diminta berkumpul di padang untuk permainan ‘The Burj’. Slot ini
mengajar peserta akan kepentingan mendengar arahan ketua dalam menyelesaikan
sesuatu tugasan. Dalam tugasan kali ini, peserta dikehendaki menyusun
batang-batang paip membentuk menara menggunakan tali rafia. Peserta dibenarkan
untuk makan malam dan khidmat diri pada jam 6.30 petang.
Peserta berusaha mendirikan menara mereka. |
Slot pada malamnya
disambung pula dengan slot ‘Salah Siapa’. Perdebatan antara kumpulan mengenai
tajuk yang diberikan dan fasilitator sebagai wakil moderator. Peserta akan
bangkit untuk mempertahankan hujah masing-masing dalam pada masa yang sama
memprovokasi kumpulan lain. Melalui aktiviti ini, peserta dapat meningkatkan
kemahiran komunikasi terutamanya secara spontan. Selepas kudapan peserta
dikerah untuk ke dataran untuk slot yang terakhir untuk malam itu.
Slot terakhir ini
adalah slot kemuncak iaitu slot ‘Cermin Diri’. Slot kali ini dikendalikan oleh
Encik Wan Nazrul Helmy. Muhasabah kali ini menggunakan pendekatan sekolah dan
kepimpinan, untuk melihat sejauh mana rasa sayang dan rela berkorban pemimpin
untuk sekolah mereka. Emosi, fizikal, minda dan juga rohani, kesemua empat
aspek ini diuji untuk melihat sejauh mana mereka memahami prinsip akal
mendahului emosi yang ditekankan dalam slot muhasabah yang lepas.
16
Mac 2014
Hari terakhir
IN-TEAM SMK Padang Tengku. Peserta bangun pada jam 0500 untuk qiamullail.
Selepas sarapan dan khidmat diri, mereka kembali ke dewan untuk sesi Sembang
Santai antara fasilitator dengan peserta. Pelbagai topik dan isu dibincangkan
termasuklah kepimpinan dan dugaan dalam menjadi pemimpin. Aktiviti dihentikan
sementara untuk kudapan peserta.
Perkongsian dan bertukar pendapat dalam slot 'Sembang Santai'. |
Aktiviti disambung
dengan slot ‘Hati ke Hati’. Slot ini lebih kepada perkongsian ilmu antara
fasilitator kumpulan dengan ahli kumpulan masing-masing. Pelbagai teknik belajar,
pengurusan waktu dan ilmu kepimpinan di sampaikan agar peserta lebih bersedia
untuk hari mendatang. Selepas tamat slot ‘Hati ke Hati’, maka tamatlah kesemua
slot-slot untuk kem IN-TEAM SMK Padang Tengku ini. Seterusnya peserta membuat persiapan untuk majlis penutup pada
jam 11.15 pagi nanti.
Majlis penutup
telah dirasmikan oleh En Badra Isa yang juga merupakan Yang Dipertua Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) SMK Padang Tengku. Penyampaian cenderahati kepada wakil peserta dan
fasilitator adalah sebagai tanda penghargaan atas usaha keras yang mereka lakukan
sepanjang program. Tayangan montaj menjadi penanda bahawa Kem IN-TEAM ini telah
sampai ke penghujungnya. Persembahan istimewa daripada peserta dan fasilitator
menjadi penutup majlis dan disusuli dengan sesi fotografi. Turut serta adalah Penolong Kanan, Guru Penyelaras Ustaz Hamdi bin Hussein dan Penasihat kelab In-Smartive En. Wan Nazrul Helmy bin Wan Mohd Zain.
Seusai Majlis Penutup. |
Jumpa lagi SMK PADANG TENGKU. |
0 comments