PROJEK KILAUAN MUTIARA SEKOLAH MENENGAH SAINS KOTA TINGGI

8:00 AM

Pada 27 hingga 29 September 2013, seramai 36 orang fasilitator Kelab In-Smartive dari Universiti Malaysia Pahang telah terlibat dalam Projek Kilauan Mutiara di Sekolah Menengah Sains Kota Tinggi. Program ini melibatkan seramai 143 orang pelajar dari tingkatan 2. Projek Kilauan Mutiara ini dilakukan adalah bertujuan untuk menyuntik semangat belajar, memupuk keyakinan diri kepada setiap pelajar dan sekaligus memotivasikan pelajar-pelajar sebelum menempuh peperiksaan.

<!--[if gte mso 9]> Setibanya semua fasilitator di Sekolah Menengah Sains Kota Tinggi, kami terkesima kerana kami dilayan dengan begitu baik. Program ini telah dimulakan dengan penyerahan peserta oleh pihak sekolah kepada wakil kelab In-Smartive iaitu saudari Nurul Su’aidah Binti Sohartoo. Seterusnya, taklimat diberikan kepada para peserta tentang peraturan-peraturan yang perlu dipatuhi oleh peserta-peserta sepanjang program ini berlangsung. Slot pertama yang dijalankan ialah ‘Tak Kenal Maka Tak Cinta’ iaitu ‘Ice Breaking’ antara peserta dengan fasilitator. Sesi suai kenal fasilitator dijalankan sesudah persembahan fasilitator dipersembahkan bagi menarik perhatian peserta. Peserta telah dibahagikan kepada 11buah kumpulan. Pada jam 6.15 petang, semua peserta balik ke asrama untuk pengurusan diri dan makan malam. Makan malam bagi peserta Sekolah Menengah Sains Kota Tinggi sungguh berbeza kerana makanan dihidangkan di dalam talam. Tujuan makan dengan menggunakan talam adalah untuk mengeratkan lagi ukhuwah antara fasilitator dan peserta. Di samping itu, pelbagai ragam dan kerenah yang dapat dilihat apabila mereka makan di dalam talam buat kali pertama.

Pada malamnya, setelah selesai solat berjemaah maghrib dan isyak, slot yang seterusnya dimulakan iaitu slot “Bursa Saham”. Permainan ini bertujuan bagi membina kesepakatan dan kerjasama antara para peserta. Selain itu, permainan ini juga mengajar peserta supaya tidak mementingkan diri sendiri.
Slot "Tak Kenal Maka Tak Cinta"

Pada keesokan harinya, para peserta dikejutkan pada jam 4.30 pagi untuk slot ‘Tahajud Cinta’ dan solat subuh berjemaah. Seterusnya, senaman pagi yang sungguh santai diadakan dan diikuti sarapan pagi. Slot pertama untuk hari kedua ialah “Timeline”. Peserta diberikan sehelai kertas setiap seorang dan peserta diminta untuk melakarkan hala tuju dan masa depan mereka berpandukan garis masa. Slot ini bertujuan untuk mengembangkan fikiran peserta dan mengajar peserta supaya mengejar cita-cita mereka berpandukan garis masa. Selepas itu, program ini diteruskan lagi dengan slot seterusnya iaitu slot “Jendela Jauhari”. Slot ini bertujuan untuk  membantu para peserta membezakan perkara mana yang harus diberi keutamaan dalam kehidupan mereka sebelum mereka menduduki peperiksaan. Pada jam 10.30 pagi, program ini diteruskan lagi dengan slot “D.I.C.E”. Dalam slot ini, para peserta diberi situasi contohnya sebuah pulau yang menghadapi masalah. Melalui situasi yang diberi, para peserta haruslah menyelesaikan masalah dengan menggunakan teknik ini. Selepas itu, program ini diteruskan lagi dengan slot “Einstein” yang bertujuan untuk mengembangkan lagi daya kreativiti para peserta di samping membolehkan para peserta berfikir di luar kotak fikiran mereka.
Slot "Bursa Saham"
Slot "Einstein"
Slot "Last Man Standing"
Pada jam 3.15 petang, slot “Salah Siapa” telah dijalankan. Melalui slot ini, para peserta berdiskusi mempertahankan hujah masing-masing. Kemudian, setelah selesai kudapan petang dan solat asar berjemaah, slot “The Burj” telah memeriahkan lagi program ini. Melalui slot ini, para peserta dikehendaki menyambung paip PVC secara menegak dengan menggunakan beberapa peralatan lain seperti tali. Terserlah kretiviti peserta dalam menyelesaikan tugasan yang di berikan. 

Pada sebelah malam, slot “Inspire” telah disampaikan oleh penasihat kelab In-Smartive iaitu Encik Wan Nazrul Helmy bin Wan Mohd Zain. Slot ini memberi suntikan semangat dan motivasi ntuk para peserta sebelum menghadapi peperiksaan. Pada hari terakhir program, para peserta diberikan semangat dan motivasi melalui slot “Kau Boleh”. Slot ini bermula pada jam 8.15 pagi. Seterusnya diikuti slot “Menggilap Mutiara”. Slot ini merupakan perkongsian ilmu bersama fasilitator di mana para peserta diberikan pendedahan akan perjalanan seterusnya selepas menduduki Sijil Pelajaran Malaysia.
Slot "The Burj"

Slot "Kau Boleh"
Majlis pra-penutup Projek Kilauan Mutiara Sekolah Menengah Sains Kota Tinggi ini telah berlangsung pada jam 12.00 tengahari. Ucapan wakil pelajar disampaikan oleh 2 orang pelajar perempuan dari Sekolah Menengah Sains Kota Tinggi manakala ucapan dari Kelab In-Smartive disampaikan oleh Encik Wan Nazrul Helmy bin Wan Mohd Zain. Akhir sekali, majlis perasmian pra-penutup di sempurnakan oleh Ketua Unit Kaunseling, Encik Wan Hamdan Bin Che Wan Mamat. Para fasilitator bergerak pulang ke Universiti Malaysia Pahang pada jam 2.30 petang selepas menjamu makanan tengahari di dewan makan sekolah.

You Might Also Like

0 comments

Rakan Blog InSmartive

Total Pageviews