PROJEK KILAUAN MUTIARA SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN SERI PEKAN SIRI 1

8:00 AM

Pada 20 hingga 22 April 2013, seramai 60 orang fasilitator kelab In-Smartive dari Universiti Malaysia Pahang telah terlibat dalam Projek Kilauan Mutiara Siri 1 di Sekolah Menengah Kebangsaan Seri Pekan. Program ini melibatkan seramai 223 orang pelajar dari tingkatan 3, 4 dan 5. Projek Kilauan Mutiara ini bertujuan untuk menyuntik semangat belajar dan keyakinan diri setiap pelajar untuk menempuh peperiksaan.

Setibanya semua fasilitator di SMK Seri Pekan, program ini telah dimulakan dengan penyerahan peserta oleh pihak sekolah kepada wakil kelab In-Smartive iaitu saudara Wan Muhammad Irwan Bin Wan Mohd Azhar. Seterusnya , taklimat projek telah disampaikan oleh pengurus projek iaitu saudara Muhammad Amir Hizbullah bin Sezali kepada para peserta tentang peraturan- peraturan yang perlu dipatuhi oleh peserta sepanjang program ini berlangsung.

Slot pertama yang dijalankan ialah ‘Tak Kenal Maka Tak Cinta’ iaitu ‘Ice Breaking’ antara peserta dengan fasilitator dan dinamika kumpulan. Makan malam bagi peserta SMK Seri Pekan amat berbeza bagi mereka kerana makanan dihidangkan di dalam talam. Mereka dikehendaki makan bersama-sama di dalam satu talam dan saling bersuapan. Pelbagai ragam dan kerenah dapat dilihat apabila mereka makan di dalam talam buat kali pertama.

Slot "Tak Kenal Maka Tak CInta"

Pada malamnya, selepas solat maghrib , bacaan yassin telah diadakan bagi mengisi masa sebelum menunaikan solat isyak. Selepas itu, slot ‘Bursa Saham’  telah dikendalikan oleh Muhammad Danial bin Azman. Objektif slot ini adalah untuk membina kesepakatan dan kerjasama antara pelajar.

Bacaan yassin
Slot "Bursa Saham"
Pada keesokan harinya, para peserta dikejutkan pada jam 4.30 pagi untuk slot ‘Tahajjud Cinta’dan solat subuh berjemaah. Seterusnya senaman pagi diadakan sebelum diikuti sarapan pagi dan solat dhuha. Slot pertama untuk hari kedua ialah ‘Salah Siapa’. Peserta berdiskusi mempertahankan hujah masing-masing  ketika slot ini dijalankan. Selepas kudapan pagi, program diteruskan pula dengan slot ‘Jendela Jauhari’ yang membantu peserta memikirkan kepentingan dan kesegeraan sesuatu perkara sebelum di sambung oleh slot ‘Aku Ada Kau Ada’. Ketika slot ini berlangsung, para peserta dikehendaki menjadi buta,kudung dan bisu. Dengan cara ini, peserta akan lebih mensyukuri nikmat Tuhan. Pada jam 2.00 petang pula, slot ‘Last Man Standing’ yang bertujuan membina keyakinan diri pelajar untuk bercakap di hadapan orang ramai telah dijalankan.

Slot "Salah Siapa"

Slot "Jendela Jauhari"

Slot "Kau Ada, Aku Ada"

Slot "Last Man Standing"
Pada jam 3.00 petang, slot ‘Timeline’ telah dijalankan . Slot ini bertujuan supaya peserta dapat merancang masa depan mereka dalam masa yang ditetapkan. Kemudian, setelah selesai kudapan petang dan solat asar berjemaah, slot Explorace telah diadakan. Para peserta harus menyelesaikan tugasan di setiap checkpoint secara berkumpulan.

Slot "Timeline"

"Checkpoint" di dalam slot "Explorace"



Pada sebelah malam, slot ‘Kau Boleh’ telah disampaikan oleh penasihat kelab In-Smartive iaitu Encik Wan Nazrul Helmy bin Wan Mohd Zain. Slot ini memberi suntikan semangat dan motivasi untuk para pelajar menghadapi peperiksaan yang kian menjelang.

Pada hari terakhir program, para fasilitator berkumpul dalam kumpulan masing-masing dalam sesi Menggilap Mutiara. Slot ini merupakan perkongsian ilmu bersama fasilitator di mana peserta di berikan pendedahan akan perjalanan seterusnya selepas PMR dan SPM.

Slot "Menggilap Mutiara"

Majlis pra-penutup Projek Kilauan Mutiara SMK Seri Pekan Siri 1 ini telah berlangsung pada jam 11.30 pagi. Ucapan wakil pelajar disampaikan oleh penghulu peserta iaitu Ahmad Akmal bin Mohamad manakala ucapan dari Kelab In-Smartive disampaikan oleh Encik Wan Nazrul Helmy bin  Wan Mohd Zain. Akhir sekali, majlis perasmian pra-penutup di sempurnakan oleh YDP PIBG , Encik Rabuan@Rabuang Bin Hassan. Para fasilitator bergerak pulang ke Universiti Malaysia Pahang pada jam 2.30 petang selepas menjamu makanan tengahari di dewan makan sekolah.


You Might Also Like

0 comments

Rakan Blog InSmartive

Total Pageviews