BENGKEL PENULISAN

8:00 AM

15 & 16 September 2013 merupakan salah satu tarikh keramat bagi Kelab In-Smartive kerana pada julung kalinya, kelab ini menganjurkan program Bengkel Penulisan : Ke Arah Penyediaan Dokumen Rasmi secara Berkesan. Melalui program ini, para peserta didedahkan dengan pelbagai pendedahan yang dapat dipraktikkan pada masa hadapan. Program ini ditekankan kepada penyelaras dan pengurus projek yang akan menjayakan program masing-masing pada sesi 2013/2014.

Setibanya 40 orang peserta pada pukul 12.45 tengahari di Pusat Latihan & Rekreasi Tebing Tinggi, kami telah dipecahkan kepada 5 dorm yang akan didiami oleh 23 orang lelaki dan 17 orang perempuan. Usai sudah mendaftarkan diri ke bilik masing-masing, para peserta meneruskan perjalanan ke dewan anggerik. Ucaptama daripada Penasihat Kelab In-Smartive merangkap Ketua Penyelidik Naib Canselor UMP iaitu Encik Wan Nazrul Helmy bin Wan Mohd Zain dimulai sebagai tanda bahawa perjalanan menuntut ilmu akan bermula pada bila-bila masa sahaja. Melalui pengucapan tersebut , beliau banyak memberikan kata-kata semangat di samping mengucapkan tahniah kepada yang terpilih untuk meyertai program Bengkel Penulisan ini dan harap ilmu yang disampaikan tidak akan berhenti setakat ini sahaja.

Ucaptama daripada Penasihat Kelab In-Smartive
Pada sebelah petang, pembelajaran menulis surat kiriman rasmi diteruskan yang merupakan modul pertama dalam program ini.  Melalui modul  ini, para peserta telah mengenalpasti akan kesalahan dan kesilapan dalam menulis surat kiriman rasmi. Malah ketika modul ini berlangsung, penceramah telah membuka peluang kepada para peserta untuk mengutarakan pendapat masing-masing.


Perbincangan dalam kumpulan
Saudari Azmira semangat mengutarakan hasil perbincangan
Saudara Jamil juga tidak melepaskan peluang untuk memberikan pendapatnya
Selesai modul ini, para peserta tidak melepaskan peluang untuk berjalan-jalan sambil menghirup udara segar di sekitar Pusat Latihan & Rekreasi, Tebing Tinggi. Mereka menggunakan masa ini untuk lebih bersedia untuk memperolehi ilmu pada sebelah malam pula.

Pada sebelah malam, para peserta didedahkan dengan penggunaan penanda wacana dan panggilan hormat dalam sesuatu penulisan. “Gaya bahasa yang digunakan oleh penulis dapat menggambarkan identiti seseorang itu”. Begitulah ujar Encik Wan Nazrul Helmy bin Wan Mohd Zain, penceramah yang tidak asing lagi. Implikasinya, peserta dapat meluaskan kosa kata dan secara tidak langsung, memahami maksud tersirat dan tersurat sesuatu perkataan tersebut.

En. Wan Nazrul Helmy menggunakan papan putih sebagai medium menyampaikan ilmu
Semua memberikan tumpuan
Perbincangan dalam kumpulan
Keesokkan harinya, bengkel ini diteruskan dengan modul penulisan berita. Salah seorang peserta, Norazmira berkata bahawa para peserta dapat mempelajari satu teknik yang sangat efektif. Selama ini, kita hanya membaca surat khabar tanpa meneliti isi kandungan dan penggunaan gaya bahasanya  tetapi dengan adanya bengkel penulisan ini, mereka dapat meneliti dengan lebih mendalam tentang penggunaan bahasa.

Perkongsian contoh penulisan berita yang bagus
Perbincangan penulisan berita
Akhir sekali, sesi fotografi diadakan menandakan bahawa program Bengkel Penulisan ini telah sampai penghujungnya. Terima kasih kepada semua yang terlibat. Harapan agar ilmu diperolehi akan digunakan sebaik mungkin dan tidak ternoktah setakat ini sahaja. 

You Might Also Like

0 comments

Rakan Blog InSmartive

Total Pageviews