PROJEK KILAUAN MUTIARA SK KERATONG 2

8:00 AM

Projek Kilauan Mutiara ini merupakan sebuah program motivasi yang dijalankan di sekolah-sekolah terpilih seperti SK Keratong 2. Fokus utama program ini adalah bagi menyuntik semangat dan menyedarkan para pelajar akan kepentingan ilmu pengetahuan. Program ini merupakan kesinambungan kepada program yang telah dijalankan pada 1 April 2011 yang lalu. Program yang dijalankan selama dua hari itu berjaya menaikkan semangat para pelajar khususnya kepada pelajar yang menduduki UPSR lantas menaikkan lagi prestasi mereka dalam bidang akademik. Sehubungan itu, program yang bakal dijalankan ini akan menekankan aspek spritual dalam membentuk pelajar cemerlang. Mereka akan didedahkan dengan beberapa aktiviti yang mampu membentuk mereka menjadi insan yang cemerlang bukan sahaja dari segi fizikal malah dari segi rohani dan jasmani. Selain dari itu, apa yang uniknya PKM SK Keratong 2 ialah kami mengekalkan tradisi anak angkat yang telah dijalankan sebelum ini. Hal ini telah menjadikan projek ini projek yang terbaik kerana bukan sahaja kita beraktiviti dengan para pelajar malah kita juga beraktiviti dengan masyarakat.

Pada hari pertama program, kami diagihkan kepada ibubapa angkat. Ibu bapa angkat kami adalah dikalangan pelajar yang akan menduduki UPSR pada tahun ini. Segala tanggungjawab dalam pengurusan penyerahan anak angkat ini dibuat oleh pihak sekolah dengan penduduk Felda Keratong 2.


Bersama keluarga angkat.
Keluarga angkat.
Selesai sahaja majlis penyerahan anak angkat, aktiviti seterusnya ialah kami mengadakan LDK1 kami iaitu 'Ice-Breaking'. Sesi ini bermuala dengan pengenalan fasilitator yang seramai 20 orang dan seterusnya para pelajar dibahagikan kepada beberapa kumpulan. Dalam kumpulan itu mereka akan memperkenalkan diri masing-masing. Fasilitator akan mengajar mereka satu permainan sebagai permulaan aktiviti. Aktiviti ini dapat mengeratkan silaturahim dan dapat mendekatkan diri dengan pelajar.

Peserta-peserta.

Sesi 'Ice-breaking'.

Pada hari kedua, program kami bermula dengan aktiviti senaman pagi. Aktiviti ini sebagai permulaan aktiviti untuk hari kedua. Semua pelajar dan fasilitator terlibat dalam aktiviti senaman pagi ini kerana ia adalah aktiviti yang sihat. 

wajah ceria di pagi hari.

Senaman Pagi


Selapas itu, kami teruskan dengan LDK 2 iaitu asas fardhu ain. Aktiviti ini bertujuan untuk menambah ilmu pengetahuan dari aspek rohani kepada pelajar. Hal ini kerana, bukan semua dari mereka cukup didikan asas fardhu ain. Selain itu, LDK ini merupakan cubaan pertama kami dalam projek PKM ini, dan Alhamdulillah ianya berjalan dengan lancar. Selesai sahaja para fasilitator mengajar asas fardhu ain, para pelajar dalam kumpulan harus bentangkan apa yang mereka dapat sepanjang LDK ini dijalankan. Selain dari itu mereka juga dikehendaki melakukan aktiviti tersebut. (membuat demo). Antara asas fardhu ain yang diajarkan ialah rukun solat, wuduk, tayammun dan sebagainya.


LDK 2

Praktikal Tayamum.


Pembentangan berkumpulan.


Seterusnya kami meneruskan sesi yang ke 4 selepas rehat, makan dan solat. Sesi ke 4 adalah merupakan LDK 4 iaitu Kisah-Kisah teladan dan pembentangan pengajaran dan iktibarnya. LDK ini bertujuan untuk memberi pengajaran dan penginsafan kepada para pelajar tentang perjuangan dan pengorbanan serta balasan yang diperolehi melalui kisah-kisah tersebut. Para fasilitator akan menceritakan kisah-kisah ini kepada pelajar.




Pembentangan berkumpulan.

Seterusnya program ini teruskan lagi dengan aktiviti riadah pada waktu petang. Aktiviti ini merupakan LDK 5 iaitu Kaki Botol. Aktiviti ini sangat bagus kerana ianya menguji minda dan fizikal para pelajar. Aktiviti ini dijalankan di padang SK Keratong 2 dan ianya berjalan lancar. Aktiviti ini berjalan dengan para pelajar semua diwajibkan menutup mata dengan kain kecuali ketua setiap kumpulan. Mereka akan dilepaskan dalam kumpulan untuk mencari ketua kumpulan mereka. Disini para fasilitator akan membuat provokasi keatas semua pelajar setiap kumpulan. Aktiviti ini sangat menyeronokan.




LDK 5

Peace!
Pada malam hari kedua, kami melakukan LDK 6 iaitu Timeline. Aktiviti sangat sesuai untuk para pelajar merenung kembali masa depan mereka. Setiap 10 tahun yang akan datang apakah yang akan terjadi kepada mereka. Dan seterusnya diikuti dengan sesi terakhir untuk malam tersebut iaitu sesi muahasabah diri yang dilakukan sendiri oleh panasihat kelab In Smartive iaitu Wan Nazrul Helmy Bin Wan Mohd Zain. Pada hari terakhir, seperti hari kedua kami melakukan senaman pagi dan seterusnya melakukan LDK 7 iaitu pulau impian. Modul ini sangat bagus kerana dapat mengajar mereka berfikir untuk mencapai impian mereka.

Pulau Impian.
Peserta membaling kapal terbang kertas.

Aktiviti seterusnya ialah Ceramah Motivasi Kekeluargaan dan Majlis Perasmian Penutup oleh Dr Hasan Ahmad iaitu pengarah pusat islam dan pembangunan insane di UMP. Dan akhirya majlis perpisan.



Majlis Perpisahan

You Might Also Like

0 comments

Rakan Blog InSmartive

Total Pageviews