PROJEK KILAUAN MUTIARA SK PURUN
8:00 AM
Pada 13 April 2012 Seramai 19
mahasiswa Universiti Malaysia Pahang (UMP) menyertai Projek Kilauan Mutiara
dalam memberi motivasi kepada murid darjah enam yang bakal menduduki Ujian
Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) bersama pelajar Sekolah Kebangsaan Felda Purun,
Bandar Bera yang membabitkan seramai 43 bakal calon UPSR di sekolah tersebut.
Projek kali ini merupakan kali yang ke empat bersama SK Felda Purun. Ini telah
membuktikan keberkesanan projek yang di jalankan dimana pihak sekolah, Persatuan
Ibu Bapa dan Guru (PIBG) serta pengurusan Felda Purun telah memberi maklumbalas
yang positif berkaitan projek ini. Setiap tahun berlakunya kenaikan mendadak
dalam pencapaian UPSR sejak bekerjasama dengan pihak In-Smartive UMP untuk
Projek Kilauan Mutiara ini. Meskipun kenaikan ini hanyalah peratusan untuk
pelajar yang lulus dalam kesemua subjek, tetapi ia tetap memberi gambaran yang
positif tentang projek yang diadakan selama empat tahun ini.
Perjalanan Projek Kilauan Mutiara SK Purun ini bermula setelah tiba di Universiti
Kebangsaan Malaysia, tepat jam 2030 sesi
ice breaking bermula di mana penasihat insmartive En Wan Nazrul Helmy Bin Wan
Mohd Zain memperkenalkan ke semua fasilitator. Ini bertujuan tidak lain tidak
bukan adalah untuk mengeratkan lagi hubungan dengan pelajar.
Sesi Ice breaking |
Sejurus tamat sesi ice breaking,
aktiviti diteruskan lagi dengan slot Cahaya Kejayaan. Aktiviti ini dilaksanakan
di mana para peserta dibahagikan kepada 6 kumpulan dan setiap kumpulan
diberikan sebatang lilin yang telah dinyalakan sebagai barang amanah. Semua
ahli kumpulan dikehendaki untuk menutup mata kecuali ketua kumpulan yang
memegang lilin sahaja dibenarkan membuka mata. Objektif permainan ini adalah,
ketua kumpulan dikehendaki mengetuai dan mengarahkan ahli kumpulan melalui
jalan yang telah di tetapkan. Daya ketahanan mental dan fizikal pelajar diuji
dimana ketua kumpulan hendaklah memastikan lilin yang diamanahkan tidak
terpadam sepanjang melalui jalan yang di lalui oleh mereka.
Slot Cahaya Kejayaan |
Pada keesokan harinya 14 April
2012, slot fardhu ain bermula tepat jam 0900. Aktiviti ini bertujuan untuk
menambah ilmu pengetahuan dari aspek rohani kepada peserta. Peserta dibahagikan
kepada 5 kumpulan dan terdapat 3 orang fasilitator yang akan memberi tunjuk
ajar dengan melakukan demonstrasi dihadapan peserta sebelum mereka melakukannya
sendiri. Perkara asas yang ditekankan dalam slot ini adalah cara-cara
bertayyamum, beristinjak dan berwuduk. Setelah selesai fasilitator memberi
tunjuk ajar dan bimbingan, peserta dibahagikan kepada 2 kumpulan lelaki dan
wanita untuk mengaplikasikan semula apa yang telah dipelajari.
Slot asas fardhu ain |
Selesai sahaja slot asas fardhu
ain, semua fasilitator dan peserta berangkat ke Taman Botani Putrajaya. Setelah
penat berjalan-jalan di sekitar Taman Botani Putrajaya, perjalanan diteruskan
lagi dengan singgah sebentar di masjid Putrajaya untuk menunaikan solat.
Aktiviti diteruskan lagi dengan slot timeline. Aktiviti ini bertujuan untuk
membuka minda dan merenung keadaan mereka pada masa hadapan. Cara pelaksanaan
aktiviti ini dilakukan dengan membekalkan 3 helai kertas kepada peserta dan
setiap orang dikehendaki melukis sesuatu yang menggambarkan diri mereka setiap
10 tahun yang akan datang.
Hasil kreativiti peserta |
Selesai sahaja slot timeline,
aktiviti seterusnya di laksanakan iaitu permainan puzzle. Setiap kumpulan
diberikan kepingan puzzle dan dikehendaki menyelesaikan puzzle tersebut dengan
meniru gambar yang telah ditetapkan. Setiap kumpulan diberikan puzzle yang
sama. Tujuan permainan ini dilaksanakan adalah untuk mengasah cara mereka
berfikir secara kreatif dalam merungkai dan menyelesaikan masalah yang
dihadapi.
![]() |
Menyelesaikan kepingan puzzle |
Slot yang seterusnya ialah sesi muhasabah diri yang dilakukan oleh
penasihat insmartive En Wan Nazrul Helmy Bin Wan Mohd Zain. Peserta diberikan
nasihat supaya menghargai segala nikmat dan rezeki yang telah diberikan. Slot
ini dilaksanakan bertujuan untuk menimbulkan rasa keinsafan dalam diri peserta
supaya mereka belajar bersungguh-sungguh menjelang UPSR yang akan di hadapi
tidak lama lagi. Tepat jam 0000 sesi muhasabah diri berakhir dan semua peserta
dan fasilitator berangkat pulang untuk himpun daya.
Sesi muhasabah diri |
Pada keesokan harinya 15 April
2012, seawal jam 0730 semua peserta dan fasilitator bertolak ke Az-Zahra
Multi-Intelligence Academy (AMPAC) untuk melaksanakan sesi seminar bertajuk
Briliant Student yang disampaikan oleh Encik Ahmad Badrul Sani, ketua jurulatih
AMPAC. Majlis Perasmian Penutup Projek Kilauan Mutiara SK Purun telah
dilaksanakan sejurus tamat sahaja sesi seminar yang dilakukan sebentar tadi. Professor Dr Ahmad Bin Othman telah di jemput bagi merasmikan majlis
penutup projek ini. Sebelum merasmikan majlis penutup tersebut, beliau sempat
menceritakan sedikit sebanyak perjalanan hidup sebagai seorang anak kampung
sehingga menjadi seorang professor. Segala pengalaman pahit dan manis dikongsi
dengan harapan dapat mencetuskan semangat dan inspirasi kepada peserta supaya
berusaha dengan lebih gigih tanpa mengenal erti putus asa.
![]() |
Seminar Brilliant Student bersama AMPAC |
Majlis perasmian penutup |
1 comments