PEMURNIAN AGENDA TRANSFORMASI IN-SMARTIVE
8:00 AMRINGKASAN PROGRAM
Bengkel Pemurnian Agenda Transformasi ini merupakan inisiatif strategik
Kelab In-Smartive bagi menjajarkan hala tujunya berdasarkan kesemua empat
Bidang Keberhasilan Utama Universiti
(UKRA) serta membina "esprit de corps" dalam kalangan kepimpinan baharu
dan para peneraju projek Kelab ini. Antara objektif bengkel ini dilaksanakan
ialah untuk menjajar hala tuju Kelab In-Smartive dengan Pelan Strategik UMP
2011-2012 dan Agenda Pejenamaan UMP sendiri. Selain itu, juga untuk membentuk
kerangka gerak kerja yang berjenama untuk kelab ini dan juga untuk menjana idea
untuk pembangunan protokol operasi standard yang lebih baik dalam pengurusan
gerak kerja. Oleh itu Bengkel Pemurnian Agenda Transformasi
In-Smartive sememangnya medium yang sesuai untuk barisan pelapis untuk menjana
idea dan mengerah pemikiran untuk membentuk satu perancangan gerak kerja yang
lebih kondusif pada masa hadapan. Kejayaan program ini akan menjajar hala tuju In-Smartive berdasarkan
KPI UMP dan perkongsian ilmu kepada barisan kepimpinan dan ahli baru serta
melatih ahli dalam mengendalikan dan menggerakkan organisasi dan program.
Bengkel yang dijalankan selama 3 hari 2 malam ini disertai oleh 35 orang
peserta yang juga merupakan ahli Kelab In-Smartive.
30 MAC 2012 (JUMAAT)
Semua
peserta dari UMP Gambang telah berkumpul di perhentian bas untuk menunggu bas yang
telah bertolak pada jam 2215 malam dari
UMP Pekan semasa mengambil peserta dari sana terlebih dahulu. Bas tiba di
UMP Gambang tepat jam 2330 malam dan terus bertolak ke destinasi yang dituju
iaitu Kampung Taman Sedia Tanah Rata, Cameron Highlands.
31 MAC 2012 (SABTU)
Peserta tiba di Tanah Rata
Cameron Highland jam 0500 pagi di Brinchang, iaitu lebih awal berbanding
jangkaan. Peserta diberi masa untuk menunaikan solat serta
khidmat diri di Masjid Brinchang . Pada pukul 0710 pagi, bas kembali bergerak untuk ke Marina
Chalet & Homestay dan tiba di situ pada 0730 pagi. Peserta dibenarkan untuk mendaftar
masuk ke bilik penginapan masing-masing sebelum program dimulakan dengan
slot pertama iaitu Ucaptama dan Taklimat Pentadbiran yang disampaikan oleh
Presiden Kelab In-Smartive, Mohamad Jamil bin Mohd Ja’afar pada pukul 1000
pagi. Slot kedua diteruskan dengan ucaptama dari penasihat Kelab In-Smartive Encik
Wan Nazrul Helmy Bin Wan Mohd Zain, bertajuk "Hala tuju Penjenamaan
In-Smartive” dan dikaitkan dengan “Koordinat In-Smartive Dalam Kerangka Plan
Strategik UMP 2011-2015”, yang sepatutnya disampaikan oleh Naib Canselor UMP
namun disebabkan beliau mempunyai urusan lain, Naib Canselor tidak dapat menghadirkan
diri untuk menyampaikan ucaptama tersebut. Kemudian, setelah makan tengah hari,
solat dan istirehat, pada jam 1400 petang, slot yang ketiga iaitu analisis SWOT
diteruskan. Didalam slot ini, peserta telah dibahagikan kepada empat kumpulan
yang terdiri daripada kumpulan Strength, Weakness, Opportunity dan Threat untuk membincangkan kekuatan, kelemahan, peluang, serta ancaman yang berkaitan dengan Kelab In-Smartive. Masa diberikan selama dua
jam untuk setiap kumpulan berbincang dan seterusnya membentangkan hasil
perbincangan mereka pada slot seterusnya iaitu slot perbentangan analisis SWOT
pada jam 1630. Oleh kerana terlalu banyak isu yang perlu dibincangkan dan
dibahaskan, slot ini telah disambung pada waktu malam menggantikan slot kelima
iaitu slot Sumbang Saran Penambahbaikan perlembagaan. Slot kelima ini telah
ditunda dan dibincangkan didalam slot 9. Pembentangan SWOT analisis telah tamat pada pukul 11.00 malam dan seterusnya
para peserta dibenarkan untuk berehat sebelum meneruskan aktiviti yang
memerlukan kekuatan mental dan fizikal pada keesokan harinya.
![]() |
Ucaptama daripada presiden Kelab In-smartive. |
![]() |
Peserta mendengar taklimat pentadbiran daripada presiden kelab dengan penuh konsenterasi.
|
![]() |
Penasihat menyampaikan ucaptamanya. |
![]() |
Perbincangan kumpulan Weakness. |
![]() |
Perbincangan kumpulan Opportunity. |
![]() |
Kumpulan Strength meneruskan pembentangan. |
![]() |
Kumpulan Threat meneruskan pembentangan.
|
1 APRIL 2012 (AHAD)
Pada jam 0550, para peserta
bersedia untuk mengerjakan solat subuh bersama-sama dengan penduduk Taman
Sedia di masjid yang berhampiran dengan tempat penginapan. Setelah selesai
menunaikan solat subuh, peserta dibenarkan untuk bersiar-siar di sekitar
Taman Sedia sebagai aktiviti riadah pagi dan seterusnya bersarapan sebelum
menghadiri Slot 6 dan Slot 7 iaitu sumbang saran penyelarasan dan
pengurusan aktiviti yang akan dimulakan pada
pukul 0830 pagi dan tamat pada pukul 1100 pagi. Pada jam 1130 pagi, kesemua peserta
bersama penasihat mengadakan sesi fotografi yang
di sekitar tempat penginapan. Program diteruskan dengan slot 8 iaitu
slot sumbang saran pengurusan modul pada pukul 1400 petang. Penat lelah
para peserta selama dua hari terbalas pada malam itu apabila mereka
dijamu dengan hidangan istimewa iaitu BBQ. Namun, keseronokan yang dirasakan
oleh peserta bertukar kepada kesedihan apabila salah seorang peserta terpaksa
dikejarkan ke hospital akibat serangan asthma. Disebabkan keadaan beliau yang agak
kritikal, beliau telah dihantar ke Hospital Besar Ipoh untuk mendapatkan
rawatan lanjut. Daripada insiden ini, kekurangan ahli dapat dirasai.
![]() |
Peserta menumpukan perhatian ketika sumbang saran penyelarasan aktiviti. |
![]() |
Sesi fotografi melibatkan semua peserta program, presiden dan penasihat Kelab In-Smartive. |
![]() |
Jamuan BBQ yang diadakan pada malam 1 APRIL 2012. |
HARI KE-TIGA, 2 APRIL 2012 (ISNIN)
Aktiviti dimulakan seawal jam
0830 pagi dengan Slot 9 mengenai Resolusi dan Pelan Tindakan 2012/2014 yang
digabungkan bersama Slot 5, Sumbang Saran Penambahbaikan perlembagaan. Dalam
slot 9, kesemua isu yang telah dibincangkan sepanjang bengkel ini berjalan dirumuskan
kembali. Seterusnya, ucapan penggulungan oleh presiden dan penasihat diteruskan dan tamat pada jam 1200 tengah hari. Para peserta telah makan tengah hari
sebelum bersiap sedia untuk pulang. Peserta
berangkat pulang ke UMP tepat jam 1345 petang.
1 comments