PROJEK KILAUAN MUTIARA SK BUKIT BESI
8:00 AM
25 April 2013 seramai 29 orang
fasilitator dari Universiti Malaysia Pahang telah terlibat dalam satu projek
yang bertempat di SK Bukit Besi iaitu Program Kilauan Mutiara SK Bukit Besi.
Program ini melibatkan 63 orang pelajar yang terdiri daripada pelajar-pelajar
darjah 6. Fokus utama program ini adalah
bagi menyuntik semangat dan memberi motivasi kepada murid darjah enam yang
bakal menduduki Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) tidak lama lagi di
samping menyedarkan para pelajar akan kepentingan ilmu pengetahuan dalam
kehidupan seharian. Sehubungan dengan itu, pelbagai modul dan aktiviti
interaktif di jalankan sepanjang program bagi memperkasa motivasi, jati diri
dan daya saing akademik mereka.
Kami selamat sampai ke destinasi pada
jam 1400 setelah beberapa jam perjalanan. Setiba kami di sana, kami disambut
mesra oleh Encik Ahmad Bakhir bin Chik selaku YDP PIBG SK Bukit Besi berserta
beberapa orang guru yang lain. Setelah usai menyimpan barang di tempat urus
setia yang disediakan, kami dijamu dengan makan tengah hari. Selepas berehat
seketika untuk menunaikan solat Zohor, program kami diteruskan dengan sesi
Majlis Penyerahan Anak Angkat yang berlangsung pada pukul 1530. Kami di sajikan
dengan persembahan silat sebagai pembuka majlis oleh wakil dari SK Bukit Besi.
Program selama 4 hari 3 malam ini
memberikan satu pengalaman yang luar biasa dan indah bagi kami sebagai
fasilitator kerana sepanjang program ini berjalan kami menetap di rumah
keluarga angkat masing-masing yang telah diberi oleh pihak sekolah. Selesai
majlis penyerahan anak angkat peserta diberikan kudapan.
Keluarga Angkat |
Selepas itu, Program dimulakan dengan slot “Ice Breaking”. Slot ini merupakan sesi
pengenalan para fasilitator kepada para peserta. Tujuan pengenalan ini adalah
untuk mengeratkan lagi silaturahim antara fasilitator dan peserta program. Adik-adik
juga dibahagikan kepada 7 kumpulan dan setiap kumpulan haruslah memiliki nama
kumpulan dan gaya tersendiri. Sehabisnya slot ini, para peserta diminta melakukan
persiapan diri sebelum solat berjemaah. Pada waktu ini jugalah kami mengambil
peluang untuk beramah mesra bersama keluarga angkat sebelum mereka pulang ke
rumah.
"Ice Breaking" |
Kami membuka tirai program pada sebelah
malam dengan slot yang kedua iaitu Radio Buruk pada pukul 2100. Permainan ini menuntut para peserta
memerlukan daya ingatan dan daya penyampaian mesej yang baik. Aktiviti ini
semestinya bertujuan menguji tahap kecekapan pelajar dalam menerima dan
menyampaikan sesuatu maklumat.
Radio Buruk |
Modul seterusnya yang di jalankan adalah
Jendela Jauhari. Objektif utama slot ini adalah bertujuan untuk melatih peserta
dalam merancang sesuatu perkara dengan menitik beratkan ‘pirority’ sesuatu perkara yang akan di laksanakan . Aktiviti pada
sebelah malam itu berakhir tepat jam 2300 dan semua pelajar dan fasilitator
pulang ke rumah masing-masing.
Jendela Jauhari |
Keesokannya, seawal jam 0730 para
peserta dan para fasilitator diminta berkumpul di sekolah bagi meneruskan
agenda selanjutnya. Program di teruskan lagi dengan slot “Story Behind The Paper”. Modul ini dapat melatih daya tumpuan
pelajar dan kreativiti pelajar dalam membina ayat malah, dapat juga memupuk
minat membaca di kalangan pelajar. Modul ini juga merupakan simulasi atau
contoh soalan yang terdapat dalam kertas peperiksaan.
"The Story Behind The Paper" |
Aktiviti atau modul seterusnya yang
dijalankan ialah slot “Timeline”.
Slot ini semestinya penting bagi mereka dalam memberi sedikit pendedahan awal
kepada para peserta mengenai hala tuju selepas UPSR. Modul ini berasaskan aspek pendidikan dan
kerjaya, di mana memerlukan daya imaginasi peserta membentuk masa depan mereka
sendiri dari segi kerjaya dan arah hidup mereka dalam jangka masa 10, 20 dan 30
tahun akan datang. Kami berehat seketika untuk kudapan pada pukul 1045. Agenda
kami terus bersambung dengan slot “Happy
Hour”. Slot ini amat digemari dan ditunggu oleh para peserta mahupun para
fasilitator. Jelas terserlah keceriaan di wajah mereka dan sesungguhnya
adik-adik SK Bukit Besi sangat ‘sporting’
dan memberikan kerjasama yang sangat baik kepada kami.
"Timeline" |
"Happy Hour" |
Aktiviti seterusnya ialah “Chopp” dalam bahasa Melayu di mana
permainan ini bertujuan untuk menguji kepantasan mata juga minda para peserta
dalam membina kosakata bahasa Melayu berdasarkan kad yang dikeluarkan. Modul
ini juga dapat membantu pelajar dalam penguasaan bahasa yang di gunakan.
"Chopp" Bahasa Melayu |
Agenda kami berhenti seketika bagi
memberi laluan kepada kaum adam untuk menunaikan solat Jumaat pada pukul 1230.
Sementara menanti solat Jumaat, kami diberikan amanah oleh beberapa orang guru
untuk memberikan pandangan dan tambah baik untuk persembahan “choral speaking” bahasa Melayu oleh
adik-adik SK Bukit Besi untuk persediaan bagi pertandingan pada hari Ahad. Hasilnya,
mereka telah berjaya mendapat tempat pertama bagi pertandingan ini. Tahniah dan
syabas diucapkan kepada adik-adik yang sangat bersemangat dan gigih berusaha
bagi meraih kemenangan dalam pertandingan “choral
speaking” bahasa Melayu tersebut.
Latihan "Coral Speaking" Bahasa Melayu |
Agenda bersambung pada pukul 1430 dengan
slot “D.I.C.E”. Adik-adik di uji dalam
slot “D.I.C.E” di mana memerlukan
mereka mencipta pulau impian mereka berdasarkan aplikasi jendela jauhari yang
telah mereka pelajari semalam. Tujuan slot ini adalah melatih peserta dalam
membuat sesuatu keputusan. Melalui slot ini pemahaman mereka terhadap slot
jendela jauhari di uji bagi menyelesaikan masalah. Setiap kumpulan diminta
tampil ke hadapan untuk membentangkan pulau impian mereka bagi mengetahui
sejauh mana mereka memahami dan mengaplikasikan konsep jendela jauhari ini.
"D.I.C.E" |
Aktiviti diteruskan dengan slot “Chopp” dalam versi Bahasa Inggeris di
mana dapat membantu peserta dalam menguasai Bahasa Inggeris dengan menggunakan
ejaan yang betul bagi setiap perkataan.
"Chopp" Bahasa Inggeris |
Selesai solat asar berjemaah, kami
meneruskan lagi agenda kami dengan slot “The
Burj”. Semasa slot ini di jalankan, peserta di bahagikan kepada dua
kumpulan iaitu lelaki dan perempuan. Mereka dikehendaki bersaing dalam
mendirikan sebuah struktur menara yang seimbang dengan menyambungkan
batang-batang paip PVC yang telah dibekalkan. Aktiviti ini mampu membina
semangat kerjasama yang kuat antara ahli kumpulan malah dapat melatih peserta
dalam menangani provokasi atau ancaman dari luar.
"The Burj" |
Pada sebelah malam pula, aktiviti
dimulakan dengan slot “Invent”. Pada
slot ini, peserta akan di berikan pendedahan Teknologi Hijau dan kepentingan
kitar semula dalam kehidupan seharian. Setiap kumpulan di kehendaki menyiapkan
kit Green Science dalam 4 kategori yang berbeza iaitu Weather Station, Dynamo Torch, Enviro Battery dan Windmill
Generator. Pada awal aktiviti ini, para peserta kelihatan agak sukar untuk
menyiapkan tugasan tersebut. Namun, dengan bantuan fasilitator dan panduan dari
buku manual mereka berjaya menyelesaikannya.
"Invent" |
Selepas itu, slot kemuncak bagi program
ini dilaksanakan iaitu slot muhasabah diri. Slot ini mampu mengubah emosi
mereka kerana segala kesalahan yang di lakukan oleh peserta sejak hari pertama
di ungkit semula. Objektif slot ini adalah untuk menyedarkan pelajar mengenai
sikap mereka dan juga mengenang kembali akan jasa ibu dan ayah serta tujuan
sebenar mereka di hantar ke sekolah. Ternyata slot ini mampu menaikkan lagi
semangat pelajar untuk terus berusaha dalam mencapai kejayaan seterusnya
menjadi anak yang soleh kepada kedua ibu bapa. Lebik kurang pukul 0000 mereka
dibenarkan pulang ke rumah masing-masing.
Muhasabah |
Hari ketiga di bumi Bukit Besi merupakan
hari terakhir program kami bersama adik-adik SK Bukit Besi secara rasminya.
Pada pukul 0730, kesemua para peserta dan para fasilitator berkumpul dan
melakukan senaman pagi dan refreshment.
Tepat pukul 0800, slot seterusnya dijalankan iaitu slot Kau Boleh. Sesi ini
lebih tertumpu kepada motivasi dalam menyuntik semangat belajar dan berusaha
bersungguh-sungguh di kalangan pelajar.
Kau Boleh |
Seterusnya,para peserta juga
berkesempatan meluangkan masa bersama para fasilitator buat kali terakhir dalam
slot Menggilap Mutiara. Slot ini di lakukan secara berkumpulan dan lebih
tertumpu kepada nasihat dan kata-kata akhir fasilitator kepada pelajar sebelum
berakhirnya program ini. Slot ini juga bertujuan memberi peluang kepada para
peserta untuk mengajukan apa-apa soalan tentang pembelajaran mereka seterusnya
di peringkat yang lebih tinggi.
Menggilap Mutiara |
Projek Kilauan Mutiara SK Bukit Besi berakhir
dengan Majlis Perasmian Penutup yang di rasmikan oleh Encik Ahmad Bakhir bin
Chik, selaku YDP PIBG SK Bukit Besi. Turut hadir dalam majlis perasmian ialah
Guru Besar SK Bukit Besi, Encik Adam bin Syamsudin, , Penasihat Kelab
Insmartive, Wan Nazrul Helmy Bin Wan Mohd Zain, wakil PESAKA Terengganu Berhad,
Encik Yusof binAbdul Latif serta Encik
Roslee bin Daud. Majlis berakhir pada pukul 1400. Selepas itu, kami para
fasilitator dibenarkan pulang dan diminta bersiap-sedia untuk sukaneka pada pukul
1700 nanti. Sukaneka ini dikelolakan oleh pihak sekolah.
Majlis Perasmian Penutup |
Tepat pukul 1700, para fasilitator
bersama-sama keluarga angkat masing-masing bersiap sedia untuk acara sukaneka.
Pelbagai permainan disediakan dan suasana gamat dengan kemeriahan dan kemesraan
antara para fasilitator dan keluarga angkat masing-masing. Sesungguhnya kami
selaku tetamu berasa sangat bertuah dan beruntung kerana dilayan mesra oleh
keluarga Bukit Besi ini dan semoga kemesraan ini tidak akan terputus sampai di
sini sahaja. Pada sebelah malam pula kami diminta untuk berehat dan meluangkan
masa bersama keluarga angkat masing-masing.
Sukaneka |
Sempena hari terakhir kami berkampung di
Bukit Besi, sebelum bertolak balik pada sebelah petang, satu jamuan BBQ telah diadakan bertempat di Taman
Rekreasi Tasik Puteri. Jamuan ini dibuat khas untuk para fasilitator dan
keluarga angkat. Guru-guru juga dijemput hadir sama bagi memeriahkan suasana.
Kami mengambil kesempatan ini dengan bermandi manda di tasik tersebut.
Keindahan yang terpapar di depan mata tidak mampu diungkapkan dengan kata-kata
dan sungguh kami berasa bertuah kerana terpilih bagi menjayakan Program Kilauan
Mutiara di Bukit Besi ini. Layanan yang diberikan selama kami berkampung selama
4 hari 3 malam ini tidak akan kami lupa dan didahulukan dengan jutaan terima
kasih. Semoga hubungan yang terjalin erat ini akan berterusan pada masa akan datang.
Akhirnya, pada pukul 1500 kami bertolak balik ke Universiti Malaysia Pahang.
Keindahan Taman Reakreasi Tasik Puteri |
0 comments