KEM INTERAKSI PEMIMPIN MUDA GABUNGAN
8:00 AM
(IN-TEAM) Gabungan yang melibatkan Sekolah Menengah
Kebangsaan Pekan, Sekolah Menengah Kebangsaan Chini 2 dan Sekolah Menengah Kebangsaan
Chini Timur yang bertempat di Universiti Malaysia Pahang (UMP) kampus Gambang.
Selain itu, kem ini merupakan program yang terbesar yang pernah dijalankan oleh
kelab In-Smartive kerana melibatkan seramai 253 orang peserta dan 60 orang
fasilitator dalam menjayakan program ini. Pada kira-kira jam 2.00 petang, para
peserta selamat tiba di perkarangan UMP dan terus dibawa ke blok W. Selepas
itu, mereka dibawa pula ke Auditorium perpustakaan untuk Majlis Penyerahan
peserta kepada kelab in-smartive.
![]() |
Majlis Penyerahan |
Selesai majlis tersebut, mereka bergerak ke
perkarangan ‘Safety First’ untuk
mendengar taklimat kursus yang diketuai oleh pengurus projek, Mohamad Firdaus
bin Mohamad Yasin. Penerangan adalah mengenai kod etika,
ketepatan masa, disiplin dan prinsip yang akan diaplikasi dalam kem ini. Pada masa yang sama, para peserta juga
diberikan tag nama dan barang amanah berupa sebutir beras. Selain itu, kutipan barang
elektronik dan barangan berharga turut dijalankan untuk mengelakkan perkara
yang tidak diingini berlaku. Seusai taklimat, para peserta dilepaskan untuk
menunaikan solat asar berjemaah serta makan
malam.
![]() |
Taklimat Kursus |
Sesi “Tak Kenal Maka
Tak Cinta” menjadi permulaan aktiviti di mana berlakunya pengenalan barisan
fasilitator yang mantap lagi hebat yang telah dikemudikan oleh saudara Mohamad
Saidi. Seterusnya, program diteruskan lagi dengan slot “Bermulanya di Sini”.
Pembentukan kumpulan dan pelantikan penghulu serta penghuluwati dijalankan
dengan jayanya oleh peserta. Mereka juga diminta membuat bendera dan sorakan
kumpulan. Selain itu, prinsip ‘One For
All, All For One’ dalam kepimpinan turut didedahkan kepada para peserta.
![]() |
![]() |
Slot "Bermulanya Di Sini" |
Malam yang ceria bagi
peserta tidak berpanjangan pada hari itu apabila para peserta didapati tidak
menepati kod etika yang diberikan semasa taklimat. Para peserta diarahkan
berkumpul di hadapan bangunan Cenfed dimana mereka di didik dan diberikan
peringatan untuk menghargai setiap makanan yang disediakan. Di sini juga,
mereka di ingatkan sekali lagi akan betapa pentingnya konsep “One for All, All for One “dan kod etika yang harus mereka patuhi
sepanjang kem.
Tatkala semua warga UMP sedang nyenyak dibuai
mimpi, para peserta dikejutkan pada jam 4 pagi untuk melakukan kecergasan diri.
Mereka diminta ber’jogging’ pada jarak 2.4 meter. Selepas itu, mereka dilepaskan untuk khidmat
diri, menunaikan solat subuh berjemaah
di Masjid UMP dan sarapan.
Kemudian, slot ‘Light Camera Action’ dengan kendalian saudara Ahmad Bahiyuddin dan
Afiqah dijalankan dimana para peserta diminta membentangkan bendera dan sorakan
kumpulan yang telah dibincangkan .Selepas itu, agenda diteruskan lagi dengan
slot ‘D.I.C.E’. Mereka didedahkan
dengan kemahiran membuat keputusan menggunakan teknik D.I.C.E iaitu determine, identify, choose dan evaluate.
![]() |
Slot "D.I.C.E" |
Selepas kudapan, para peserta dilatih untuk berucap dan bercakap di khalayak ramai
dalam slot “Last Man Standing”. Slot
yang berbentuk pengucapan awam ini membantu para peserta membina keyakinan
untuk bercakap, menyatakan pendapat, pandangan dan luahan kepada orang lain.
Seusai slot tersebut, peserta dilepaskan untuk menikmati makan tengah hari dan menunaikan solat zohor
berjemaah.
![]() |
Slot "Last Man Standing" |
Seterusnya, program diambil alih
pula oleh aktiviti “explorace”.
Perlumbaan bermula di hadapan bangunan ‘Safety
First’. Peserta dikehendaki menyelesaikan tugasan yang diberikan di semua checkpoint.
Dengan azam dan tekad yang kuat, mereka mengharungi pelbagai rintangan dalam
menyelesaikan aktiviti explorace. Pada jam 5.30 petang, mereka
dikumpulkan kembali untuk khidmat diri dan menunaikan solat.
![]() |
Slot "Explorace" |
Pada sebelah malam, program
dijalankan lagi dengan slot “S.W.O.T
Analysis” dimana peserta didedahkan dengan kepentingan pengurusan
bersandarkan keutamaan dengan mengenalpasti kekuatan, kelemahan, peluang dan
ancaman dalam organisasi untuk menjana kepimpinan yang efisien dan efektif.
Kemudian, agenda seterusnya adalah “Oh
Guru”. Di dalam slot ini, peserta diberi ruang untuk membuat persediaan
hari guru pada tanggal 16 Mei 2013 yang akan menjelang tiba. Mereka juga
diminta menyediakan tentatif dan bajet. Seusai slot tersebut, peserta
dilepaskan ke penginapan untuk tidur. Selepas sejam melepaskan lelah dengan aktiviti
seharian, keadaan menjadi semakin gempar apabila para peserta dibangunkan dan
diminta berkumpul di hadapan bangunan Cenfed bagi slot muhasabah diri yang
dikendalikan oleh penasihat kelab In-Smartive, Encik Wan Nazrul Helmy. Beliau memainkan peranan
dengan menyingkap makna di sebalik kejadian yang berlaku kepada semua peserta,
ternyata tugas sebagai seorang pemimpin adalah sangat berat, tinggi amanah
serta nilainya.
Pada hari terakhir, seusai sarapan
pagi, peserta meneruskan lagi kem dengan slot “resolusi”. Mereka dipecahkan
kepada 3 kumpulan mengikut sekolah masing-masing. Dalam slot ini, mereka
diminta menyediakan pelan tindakan kepimpinan berdasarkan keadaan sekolah
masing-masing dengan menggunakan teknik “D.I.C.E”
dan “S.W.O.T” yang telah dipelajari
sebelum ini. Seterusnya beralih kepada slot “hati ke hati” dimana peserta
diminta memberikan maklumbalas dan penilaian terhadap program ini secara
keseluruhan.
![]() |
Slot "Resolusi" |
Majlis Perasmian Penutup
berlangsung dengan ucapan penghulu peserta, wakil guru dari ketiga-tiga buah
sekolah dan penasihat kelab In-Smartive. Kemudian, para peserta di persembahkan
dengan persembahan montaj yang sangat menarik oleh jawantankuasa multimedia dan
majlis melabuhkan tirai dengan persembahan istimewa dari peserta dan barisan
para fasilitator. Dan akhirnya, majlis disudahi dengan sesi fotografi.
![]() |
Sesi Fotografi |
0 comments