Agenda bermula pada 19 Januari 2013 jam 2300 di mana seramai 28 orang peserta begerak keluar dari UMP Gambang menuju ke destinasi program di Sungai Petani, Kedah Darul Aman. Pergerakan berjalan lancar dan selamat sampai ke destinasi. Walaubagaimanapun, para peserta telah bertandang ke Pulau Pinang terlebih dahulu.
Di
sana, kami telah mengambil kesempatan melihat suasana “Penang Road” yang tak
pernah lengang daripada pengunjung. Di situ, terdapat pelbagai jenis makanan
antaranya jeruk buah dan terdapat juga barangan-barangan lelong yang semestinya
membuatkan para pengunjung berasa rambang mata. Di samping itu, kami turut
tidak melepaskan peluang berkunjung ke Muzium Tan Sri P. Ramlee serta replika
rumah beliau.
Agenda
diteruskan dengan solat zohor berjemaah di masjid Negeri Pulau Pinang selepas
selesai makan tengah hari. Destinasi terakhir di Pulau Pinang ialah kompleks membeli-belah
Queen Bay. Bas seterusnya bergerak membawa kami ke tempat program pertama di
SMS Mohammad Jiwa.
Ketibaan kami disambut baik oleh seorang warden asrama sekolah tersebut. Kami seterusnya menguruskan diri sendiri sebelum bertemu para pelajar
tingkatan lima sekolah berprestasi tinggi (SBT) itu. Program Kilauan Mutiara
Mini ini di sertai seramai 161 pelajar tingkatan lima SMS Mohamad Jiwa (SMSMJ)
dan telah dibahagikan kepada tiga kelompok oleh pihak sekolah. Pada sebelah
malam, aktiviti Program Kilauan Mutiara Mini di mulakan dengan kelompok pertama
melibatkan 51 orang pelajar. Aktiviti pada malam tersebut dimulakan dengan
bacaan doa pembuka majlis sebelum diteruskan dengan slot Selangkah Ke
Universiti yang di sampaikan sendiri oleh penasihat Kelab Insmartive iaitu Encik
Wan Nazrul Helmy bin Wan Mohd Zain.
Slot Selangkah Ke Universiti |
Tamat sahaja sesi perkongsian bersama Encik Wan Nazrul
Helmy bin Wan Mohd Zain, aktiviti seterusnya di sambung dengan slot Jendela
Jauhari di mana para pelajar telah
dibahagikan kepada lima kumpulan kecil bagi memudah para pelajar melontarkan
idea mereka. Objektif slot ini adalah melatih pelajar dalam membuat sesuatu
perancangan dengan lebih efektif dengan mengutamakan perkara mana yang perlu di
segerakan.
Pembentangan slot Jendela Jauhari |
Pada hari kedua, bermulalah sketsa atau agenda utama
Projek Semaian Budi 2.0 untuk kami semua di Rumah Seri Kenangan (RSK) Bedong
yang tidak terlalu jauh dari SMSMJ. Sampai sahaja di RSK Bedong, kami
berpeluang menghadiri sekali perhimpunan bersama warga RSK bedong. Selesai
sudah perhimpunan, kami telah di berikan taklimat oleh salah seorang
pegawai di sana mengenai etika atau peraturan sepanjang berada di RSK Bedong.
Selepas taklimat di sampaikan kami di bahagikan kepada dua kumpulan iaitu
lelaki dan perempuan. Setelah itu kami di bawa ke asrama atau wad di mana
penghuni menetap dan tugasan di agihkan kepada semua orang yang terlibat.
Antara tugasan yang dilakukan oleh kami pada hari
tersebut adalah menghidangkan makanan kepada penghuni di wad, memotong kuku,
mencukur janggut dan misai, menukar lampin dan mencuci pinggan. Hari pertama
semestinya memberi banyak kenangan manis mahupun sedikit pahit kepada peserta
di samping ratusan pengajaran dan iktibar.
Mencukur misai dan janggut |
Pada jam 1700 para peserta dibawa pulang ke SMSMJ. Selesai
sahaja berkhidmat di RSK Bedong, pada sebelah malam kami meneruskan lagi
aktiviti Projek Kilauan Mutiara mini bersama kelompok kedua yang di sertai oleh
53 orang pelajar. Aktiviti bersama kelompok kedua sama sahaja dengan kelompok
pertama cumanya terdapat beberapa penambahan slot bagi memantapkan lagi
perkongsian bersama pelajar. Slot penambahan yang di lakukan adalah slot “Timeline”
di mana pelajar di beri sedikit pencerahan
serta pendedahan akan perjalan masa hadapan mereka.
Slot "Timeline" |
Pada keesokan harinya, kami bersiap sedia untuk
menabur bakti atau berkhidmat semula di RSK Bedong. Sebelum memulakan kerja
kami di RSK Bedong kami berpeluang pergi ke Pemulihan Dalam Komuniti (PDK)
daerah Bedong berhadapan dengan RSK Bedong. PDK daerah Bedong berbeza dengan
RSK Bedong di mana PDK daerah bedong menempatkan golongan orang kurang upaya
(OKU). Antara salah satu objektif PDK daerah Bedong adalah meningkatkan kualiti
hidup bagi orang kurang upaya (OKU) ke tahap maksimum. Penghuni di sana di
berikan didikan dan tunjuk ajar mengenai seni kraft tangan dan hasil kraft
tangan mereka akan di pasarkan dan di jual. Semestinya hasil kraft tangan
mereka sangat cantik, kreatif dan teliti. Kami juga berkesempatan masuk ke
dalam bilik kanak-kanak istimewa yang hiperactive. Di sana kami dapat melihat telatah
dan ragam kanak-kanak tersebut. Kesabaran yang tinggi sangat di perlukan dalam
melayan dan mengasuh kanak-kanak tersebut. Sayu rasanya hati semasa meninggalkan
bilik tersebut di mana terdapat salah seorang kanak-kanak tersebut menangis dan
tidak mahu melepaskan kami pergi.
Membuat seni kraft tangan |
Kami hanya mampu meluangkan masa yang singkat sahaja di
sana kerana masih banyak kerja menanti kami di RSK Bedong. Pada hari kedua di
RSK Bedong ini, terdapat aktiviti baharu yang perlu dilakukan oleh beberapa
orang daripada kami semua iaitu menggunting rambut penghuni di sana. Bagi mereka
yang tidak terlibat, mereka akan menyambung kerja-kerja atau rutin harian
seperti semalam. Tepat jam 1500 tamat sudah khidmat kami di sana untuk hari ke
dua dan kami bergerak pulang semula ke SMSMJ.
Pada malam ketiga, kami bersama dengan kelompok yang
ketiga melibatkan 49 orang pelajar daripada kelas Sains Kejuruteraan. Malam ketiga
merupakan malam terakhir bersama pelajar sekolah dan aktiviti yang di lakukan
sama seperti hari sebelumnya iaitu sesi Selangkah Ke Universiti, 'Timeline' dan
Jendela Jauhari.
23 Januari 2013 merupakan hari terakhir para peserta
di SMS Mohamad Jiwa dan Rumah Seri Kenangan Bedong. Agenda pagi bermula dengan
kunjungan hormat penasihat Kelab Insmartive kepada Pengetua SMSMJ. Cenderahati di
berikan kepada Pengetua SMSMJ sebagai tanda kenang-kenangan daripada kelab
Insmartive.
Penyerahan cenderahati kepada pengetua SMSMJ |
Seterusnya, buat kali terakhir dalam program ini kami
berkunjung semula ke RSK Bedong untuk menabur bakti kepada masyarakat. Kali
ini, peserta-peserta turut disertai oleh beberapa kakitangan jabatan kesihatan
RSK Bedong dalam usaha menceriakan penghuni di sana. Hari terakhir ini merupakan
hari yang sangat bermakna bukan sahaja kepada kami bahkan juga kepada penghuni
di sana. Sebelum bergerak pulang dari, cenderahati daripada Kelab Insmartive di
serahkan kepada pihak RSK Bedong sebagai tanda kenang-kenangan.
Aktiviti program berakhir dengan kunjungan kami ke rumah saudara Ikram iaitu salah seorang daripada ahli
Kelab Insmartive di mana kami telah dijemput hadir ke kenduri arwah yang telah
ditaja oleh Pn Norliza bt Ahmad.